Fasa Satu laluan Putrajaya bawa penumpang 30,000 sehari bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Operasi Fasa Satu Transit Aliran Massa 2 (MRT2) laluan Putrajaya dengan membawa 30,000 penumpang sehari mulai esok akan mengurangkan kesesakan jalan terutama melibatkan kawasan di sekitar Kepong.


Fasa Satu MRT2 itu melibatkan 12 stesen dengan laluan sepanjang 17.5 kilometer (km) akan bermula dari Stesen Kwasa Damansara di Damansara sehingga Stesen Kampung Batu di Sentul
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Bilik Kawalan Operasi, MRT Laluan Putrajaya, Zamri Talib berkata, lapan daripada 12 stesen yang beroperasi turut menyediakan park n ride iaitu orang ramai boleh meletakkan kenderaan di semua stesen tersebut.

 

“Frekuensi waktu puncak empat minit dan bukan waktu puncak tujuh minit. Perjalanan ulang alik sepanjang Fasa Satu MRT2 mengambil masa 55 hingga 56 minit,” kata beliau ketika ditemui di Depoh MRT Sungai Buloh kelmarin.

 

Menurut beliau, dalam fasa pertama pusat kawalan operasi MRT2 dikendalikan 45 petugas membabitkan mengawal pergerakan tren di sepanjang laluan tersebut.

 

Kata beliau, pasukannya di bilik kawalan sudah membuat latihan percubaan tiga bulan bagi memastikan tiada masalah berlaku pada hari operasi.

 

”Untuk fasa satu, kita mempunyai 20 tren dengan 14 tren akan digerakkan pada waktu puncak manakala lapan tren di luar waktu puncak,” kata beliau.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO), Rambil Shafie berharap Fasa Satu MRT2 akan mendapat sambutan bagi mengatasi masalah kesesakan terutama di Kepong.

 

Menurut beliau, orang ramai juga digalakkan menggunakan bas perantara percuma untuk menggunakan MRT2.


Rambil berkata, Fasa Dua MRT2 laluan Putrajaya dijangka dibuka sepenuhnya pada awal tahun depan.

 

 

UTUSAN

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, taklimat mengenai ujian percubaan operasi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 menunjukkan…
Berita Domestik
  Menurut beliau, perkara itu merupakan perancangan Kementerian Pengangkutan bersama pihak MRT…