Fasa 1 SUKE dibuka mulai 16 September, 12.00 pm - tol percuma sebulan

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Kanan Kerja Raya Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof hari ini secara rasmi melancarkan pembukaan fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) melibatkan jajaran 16.6 km, bermula dari persimpangan Cheras-Kajang dan berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Para pengguna di sekitar kawasan tersebut boleh menggunakan Lebuhraya SUKE Fasa 1 bermula jam 12 tengah hari 16 September 2022, tanpa dikenakan bayaran tol selama sebulan.

Fasa pertama pembukaan SUKE akan melibatkan dua plaza tol, iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang, serta 11 persimpangan keluar dan masuk.
 

SUKE


Lebuhraya SUKE akan menjadi lebuh raya alternatif utama kepada salah satu laluan yang paling sesak di Lembah Klang, iaitu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dan menyuraikan trafik di beberapa lokasi strategik di MRR2, Jalan Ampang, dan Jalan Loke Yew pada waktu puncak.

Ia juga menghubungkan beberapa rangkaian lebuh raya di Lembah Klang seperti KESAS, KL-Seremban, BESRAYA, Cheras-Kajang, AKLEH, DUKE serta Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) yang masih dalam pembinaan.

Pembangunan Lebuhraya SUKE diuruskan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (PROLINTAS) bermula Ogos 2016, dengan 90 peratus daripadanya merupakan struktur bertingkat merentasi jaringan lebuh raya, jalan raya, kawasan perumahan, kawasan komersial dan perindustrian.

Baca: Fakta berkenaan Lebuhraya SUKE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek merupakan…
Berita Domestik
Bayaran tol yang dikenakan untuk setiap plaza tol Ampang dan Bukit Teratai adalah seperti berikut: