Farizon FX: Adakah ini bakal trak pikap Proton?

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap terbahagi kepada dua binaan:

1. Binaan tradisional menggunakan kerangka ladder frame seperti yang terdapat pada trak pikap Triton, Ranger, Hilux dan BT-50.

2. Trak pikap dengan rekaan badan unibodi seperti Honda Ridgeline, Hyundai Santa Cruz.
Modenas

Model yang kami paparkan dalam artikel ini jatuh kepada kategori kedua, di mana Farizon FX disifatkan sebagai kereta paling pelik dan aneh oleh laman web CarNewsChina.

Farizon merupakan sebuah jenama di bawah naungan Geely Commercial, dan 'trak pikap' FX ini sebenarnya merupakan sebuah SUV Geely Boyue Pro (!) yang ditambah struktur bed di belakang!

 


Struktur hadapan masih lagi sebuah Geely Boyue Pro, namun pihak Farizon telah menambah struktur panel bermula dari tiang C untuk menjadikannya sebuah trak pikap di mana lantai bed tersebut diperbuat daripada 'kayu palsu'.

Jika dibandingkan dengan dimensi asal Geely Boyue, Farizon FX kini mempunyai dimensi berukuran 4,905 mm x 1,831 mm x 1,713 mm, di mana dimensi panjang dan tinggi bertambah sedikit, manakala dimensi bed belakang pula adalah 1,125 mm x 1,230 mm x 460 mm.

Ini bukanlah kali pertama Geely bereksperimentasi menukarkan kereta penumpang menjadi trak pikap, memandangkan pada awal tahun 2000-an  mereka turut menghasilkan trak pikap mini berdasarkan model hatchback Haoqing.

 

sumber: Paultan


Jika anda masih ingat, kira-kira lima tahun yang lalu (sebelum Geely mengambil alih Proton), Proton pernah mengejutkan rakyat Malaysia dengan kehadiran sebuah model konsep Proton Pick-Up.

Kajian rekaan tersebut menggunakan asas daripada MPV Proton Exora dengan penampilan luaran yang diinspirasikan daripada Ford F-150 yang nampak sedikit aneh.

Harus diingat, model konsep tersebut masih lagi sebuah kenderaan daripada casis monocoque, dan bukan casis ladder frame seperti kebanyakan trak pikap dalam pasaran tempatan (pada ketika itu).


Jadi, adakah Farizon FX ini bakal menjadi model akan datang untuk Proton, atau lebih tepat lagi Arena generasi baharu?

 

 

Proton Pick-Up Concept


Sumber: CarNewsChina
Sumber gambar Pick-Up Concept: Paultan

Add new comment