FAQ: Bolehkah kenderaan diesel saya guna Biodiesel B20?

oleh Mohamad Hanif|
Merujuk kepada berita terkini berkenaan pengenalan program Biodiesel B20 yang sudah dimulakan penjualannya di Langkawi dan Labuan, timbul persoalan: adakah sesuai kereta diesel anda menggunakan bahan api Biodiesel B20 ini?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tak rosakkah kereta kalau bertukar secara tiba-tiba ke Biodiesel B20?

Bagaimana pula kesan jangka panjang penggunaan bahan api mesra alam ini?

Berikut merupakan jawapan kepada persoalan yang sering ditanyakan berkenaan Biodiesel B20 ini.
 

1. Adakah pengeluar kenderaan memberikan jaminan terhadap penggunaan B20?

Jawapan: Menurut hasil dapatan daripada MPOB pada Disember 2016, Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA) telah menyatakan sokongan terhadap penggunaan 20 peratus biodiesel sawit di dalam diesel. 

Hasil ujian lapangan MPOB dan kajian menyeluruh JAMA menunjukkan bahawa bahan api B20 sesuai untuk digunakan pada enjin diesel. 

Sebagai alternatif, pengguna boleh terus menggunakan diesel Euro5 B7. 
 


2. Bolehkah kenderaan diesel yang sedang menggunakan B7 beralih kepada B20 bila-bila masa?

Jawapan: Menurut saranan daripada MPOB, bahan api Diesel B7 dan Diesel B20 boleh digunakan secara bertukar ganti pada semua kenderaan diesel tanpa sebarang masalah.
 

3. Bagaimana dengan penyelenggaraan kenderaan? Adakah tempoh masa penyelenggaraan dipendekkan dengan B20?

Jawapan: Ujian lapangan penggunaan B20 telah pun dijalankan sejak 2019 menggunakan 35 buah kenderaan diesel MPOB, tiga trak berat dan 15 buah kenderaan diesel Pihak Berkuasa Tempatan Selangor dari pelbagai jenama. 

Hasil dapatan menunjukkan penggunaan B20 tidak memendekkan tempoh masa penyelenggaraan atau servis kenderaan. 

Malah, tiada sebarang masalah dilaporkan sehingga kini. 

Untuk maklumat yang lebih lanjut, para pengguna dinasihatkan untuk mendapatkan penerangan daripada pengeluar kenderaan masing-masing. 

 

Biodiesel B20


1. Apa itu Biodiesel B20?

Jawapan: Biodiesel B20 merupakan bahan api mesra alam yang merupakan campuran 20 peratus metil ester sawit dan 80 peratus diesel petroleum, dan di Malaysia, ia dihasilkan daripada minyak sawit. 

2. Apakah jenis Diesel yang dijual di stesen minyak ketika ini?

Jawapan: Malaysia menawarkan Diesel Euro 2M (nozel hitam) dan Euro 5 (nozel biru). 

Diesel Euro 2M yang telah diadun dengan 10 peratus biodiesel sawit akan ditingkatkan kandungan biodiesel sehingga 20 peratus bermula Januari 2020, manakala diesel Euro5 tetap akan diadun dengan 7 peratus biodiesel sawit. 
 

3. Bilakah tempat saya bakal menawarkan Biodiesel B20?

Jawapan: Program Biodiesel B20 akan ditawarkan secara berperingkat dimulakan dengan Langkawi dan Labuan sebagai lokasi perintis, diikuti Sarawak (April 2020), Sabah (Ogos 2020) dan seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan (Jun 2021).

Berita Berkenaan

Informasi
Oleh itu katanya, kementerian mengadakan perbincangan dengan syarikat petroleum untuk membincangkan…
Berita Domestik
Langkawi dan Labuan dipilih sebagai lokasi perintis untuk pelaksanaan program Biodiesel B20 diikuti…
Berita Domestik
  Pulau Labuan pula akan menjadi destinasi kedua program Biodiesel B20, yang juga akan beroperasi…