Falken ZIEX ZE310R Ecorun – Tayar berprestasi premium, harga mampu milik

oleh SALINA JALIL|
Stamford Tyres Malaysia selaku pengedar rasmi tayar berjenama Falken di Malaysia telah menambah sebuah lagi produk tayar berprestasi tinggi untuk pasaran tempatan, iaitu Falken ZIEX ZE310R Ecorun, atau ZE310R sebagai pelengkap kepada Falken Azenis FK510.


Produk baharu ini lebih mesra digelar sebagai 'Baby FK510' disebabkan ia membawakan ciri-ciri termaju yang terdapat pada tayar FK510.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Falken Azenis FK510 merupakan salah satu tayar prestasi tinggi (UHP) yang terbaik di dalam pasaran global, di mana tayar musim panas ini direka untuk pemandu kenderaan premium yang mencari kadar cengkaman yang sangat baik serta prestasi yang luar biasa.

 

Namun, ZE310R untuk julat harga jualan yang lebih berbaloi.

 

 

Ciri yang dimaksudkan itu merangkumi teknologi rekaan 4D Nano menampilkan penggunaan bahan hibrid yang membolehkan tayar ZE310R memberikan pengendalian dan kestabilan pemanduan yang lebih meyakinkan.

 

Blok bahu yang lebar meningkatkan daya tarikan sudut pada pemanduan berkelajuan tinggi. Teknologi rekaan 4D Nano ini juga membolehkan jurutera di Sumitomo Rubber membangunkan kompaun getah yang lebih lembut, sesuai untuk keadaan jalan raya dan cuaca di Malaysia.

 

Selain daripada itu, tayar baharu ZE310R ini juga mampu menawarkan kadar cengkaman yang kuat di atas jalan basah dan kering, terima kasih kepada penggunaan bahan khas Styrene Butadiene Rubber (SBR) yang bukan sahaja menambah pengagihan bahan silika serta titik ikatan antara silika dengan polimer dalam tayar, akan tetapi mampu mengurangkan kesan penghasilan tenaga haba kepada tayar.

 

Malah dengan penggunaan yang betul, tayar ini dikatakan mampu menawarkan jarak perbatuan yang lebih jauh.

 

 

 

ZE310R turut menawarkan rekaan bunga tayar yang tidak simetri dengan ciri Adaptive Constant Pressure (ACP) bertujuan untuk mengoptimasikan kadar sentuhan tayar dengan permukaan jalan, sekaligus menjadikan pengendalian yang lebih stabil serta memastikan kadar kehausan yang lebih sekata.

 

Faktor penggunaan rekaan bunga baharu yang tidak simetri, ditambah pula dengan bilangan blok yang lebih banyak membolehkan segala impak dari jalan raya diserap dengan baik bagi mengurangkan kesan gegaran dan bunyi bising, seterusnya menjadikan perjalanan seharian yang jauh lebih senyap.

 

Antara ciri unik lain yang tidak ada pada tayar lain adalah bilangan alur tayar yang berbeza bergantung kepada lebar tayar yang digunakan.

 

 

Menurut Moo Chee Fong selaku pakar tayar Falken menjelaskan, tayar dengan lebar di bawah 195 mm memiliki rekaan bunga tayar tiga alur bertujuan untuk memaksimumkan kadar ketegaran profil serta meningkatkan jejak tayar kepada jalan, sementara rekaan empat alur untuk tayar lebar 205 mm dan ke atas pula direka untuk meningkatkan kadar penyingkiran air, mengurangkan kesan aquaplanning, serta menambahbaik prestasi di jalan lurus yang basah.

 

Secara keseluruhan, produk ZE310R ini mampu menawarkan pakej kadar cengkaman yang baik untuk jalan basah dan juga kering, kurang rintangan golekan sekaligus menjimatkan penggunaan bahan api, lebih senyap dan tahan lebih lama, serta jarak pemberhentian yang lebih dekat pada harga yang lebih mampu milik.

 

[Keputusan ujian adalah berasaskan kepada ZE310 (EU Spec) dan bertindak sebagai maklumat rujukan untuk pasaran selain Kesatuan Eropah (EU)]

 

Disebabkan ciri-ciri menarik yang ditawarkan, tidak menghairankan apabila tayar ZE310R berjaya meraih anugerah tayar terbaik oleh Auto Strassenverhr 2021, Auto Motor und Sport 2021, dan Auto Bild Allrad 2021, serta disyorkan oleh TCS, Arbo Tyre Test dan ACE Test di Eropah).

 

Tayar baharu ZE310R disasarkan untuk pasaran kereta penumpang di Malaysia, dan tersedia di dalam 63 saiz bermula dari 15 inci sehingga 18 inci.

 

Harga runcit yang disyorkan bergantung kepada saiz tayar dengan jaminan pengeluar disediakan.

 

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Falken Tyres atau Falken ZIEX ZE310R, kunjungi Stamford Tyres Retail Outlet: Glenmarie Tyre Mart (017 669 1219 - HWA), Cheras Tyre Mart (019 731 7988 - JAMES). Selain itu, anda boleh layari laman web Stamford Tyres di https://www.stamfordtyres.com.my atau di Instagram atau Facebook @FalkenMalaysia.

Berita Berkenaan

Informasi
Secara realiti, ia sebenarnya masih berbeza dari kereta. Di bawah ialah antara faktor-faktor yang…
Informasi
  Adalah satu kelaziman tekanan angin tayar berkurangan melalui peredaran masa atau lama…
Berita Global
  Dari situ lagi lahirlah teknologi regeneratif yang turut membekalkan tenaga kepada kereta…