Falken Wildpeak A/T Trail - Tayar khusus SUV, Malaysia negara pertama terima selepas Amerika Syarikat!

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan genre SUV mungkin hampir dengan kereta sedan tetapi diberikan jarak lega bumi yang lebih tinggi dan elemen kosmetik agar nampak ia mampu meredah hutan Borneo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara realiti, ia sebenarnya masih berbeza dari kereta. Di bawah ialah antara faktor-faktor yang membuktikan SUV berbeza:

1. SUV lebih tinggi, bermakna ia menggunakan sistem gantungan yang berbeza spesifikasi dengan kereta.
2. Kerana ia tinggi, pusat graviti juga tinggi dan sistem gantungan SUV perlu menangani isu itu.
3. SUV juga lebih besar, dan kerana itu tayar yang digunakan perlu berbeza dari kereta.
4. Walaupun ia lebih agresif dari kereta, SUV tidak boleh menggunakan tayar dari 4X4 kerana ia masih boleh dipandu laju di jalanraya dan ia perlu selesa seperti sebuah kereta.
 

SUV


Kebanyakan tayar yang dikatakan "khusus untuk SUV" sebenarnya adalah tayar yang diambil dari tayar kereta atau 4X4 dan ditampal nama SUV. Masalah dari isu ini ialah:

1. Jika tayar diambil dari genre kenderaan, dinding tepi terlalu lembut dan mudah terkoyak jika dipandu di kawasan "offroad".
2. Jika tayar diambil dari genre 4X4, corak bunga kasar dan menyebabkan bunyi bising dan paling penting, dinding tepi yang terlalu keras dan menyebabkan pemanduan tidak selesa dan bergegar, terutama bila melanda lubang kecil di jalanraya. Ia juga mempunyai kadar kelajuan (speed rating) yang lebih rendah.

Falken, jenama tayar dari Jepun memahami masalah-masalah ini dan kerana itu ia menghasilkan satu genre tayar yang direka khusus untuk kegunaan SUV.
 

Falken


Falken Wildpeak AT Trail mungkin berkongsi nama dengan tayar Falken Wildpeak untuk 4X4, tetapi Wildpeak AT Trail sebenarnya direka secarra khusus untuk SUV-SUV yang menggunakan kerangka monocoque.

SUV dengan kerangka monocoque atau unibody adalah yang paling banyak ditaawarkan di dalam pasaran. Contoh SUV monocoque termasuk Honda CR-V, Honda HR-V, Toyota Corolla Cross, Toyota Harrier, Proton X70 dan X50, Perodua Ativa, Mazda CX5, CX8 dan CX9, Nissan X-Trail dan pelbagai lagi.

SUV yang menggunakan kerangka ladder-frame pula ialah seperti Toyota Fortuner, Ford Everest, Mitsubishi Pajero Sport dan Isuzu MuX - semuanya mempunyai "kembar" trak pikap kerana mereka berkongsi platform. Mereka sebenarnya lebih sesuai menggunakan tayar-tayar 4X4 kerana badan yang berat dan keupayaan untuk meredah kawasan "offroad" yang lebih baik.
 

Falken


Kejayaan Falken dalam tayar 4X4 dengan model Falken Wildpeak AT3W memang sudah sedia maklum dan kerana itu Falken menghasilkan model Wildpeak AT Trail yang khusus untuk SUV monocoque.

Wildpeak AT Trail mempunyai ciri-ciri istimewa yang akan dihargai oleh pemilik SUV-SUV. Antaranya ialah:

1. Satu-satunya tayar yang direka khusus untuk SUV monocoque.
2. Mempunyai cengkaman basah yang jauh lebih baik.
3. Satu-satunya tayar SUV dengan perlindungan dinding tepi untuk jalan lasak (50 peratus lebih lasak dari tayar kereta).
4. Sesenyap tayar standard atau tayar kereta.
5. Lebih selesa dari tayar 4X4 dan tayar SUV lain.
 

Falken



6. Tahan 30 peratus lebih lama dari tayar kereta dan 4X4 (treadwear tinggi).
7. Mempunyai titik sentuh dengan jalanraya yang paling luas di pasaran bagi menjamin cengkaman yang lebih tinggi.
8. Mempunyai jarak berhenti yang terbaik selepas tayar kereta dan jauh lebih baik dari tayar SUV dari jenama US dan Eropah.
9. Satu-satunya tayar SUV dengan tulisan 3D di dinding sisi.

Corak bunga yang agresif pada Falken Wildpeak AT Trail ini juga memang menarik perhatian, dan walaupun nampak agresif, ia sama senyap dengan tayar standard atau tayar kereta.
 

Falken


Falken Wildpeak AT Trail ini dikilangkan di Thailand untuk pasaran dunia dan ia diperkenalkan buat pertama kali di Amerika Syarikat, negara dengan penggunaan SUV tertinggi dunia.

Malaysia menjadi negara pertama menerima Falken Wildpeak AT Trail di luar Amerika Syarikat mendahului Thailand, Australia, Eropah dan lain-lain pasaran.

Falken Wildpeak AT Trail hadir dalam hampir semua saiz untuk hampir kesemua SUV monocoque yang ada dalam pasaran Malaysia.

Mungkin sudah tiba masanya anda perlu memberikan tayar yang paling sempurna untuk SUV anda itu?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Falken Azenis FK510 merupakan salah satu tayar prestasi tinggi (UHP) yang terbaik di dalam…
Informasi
  Adalah satu kelaziman tekanan angin tayar berkurangan melalui peredaran masa atau lama…
Berita Global
  Dari situ lagi lahirlah teknologi regeneratif yang turut membekalkan tenaga kepada kereta…