Falken Azenis FK510 dan Wildpeak AT3W - kenapa tiba-tiba jadi popular?

oleh HEZERI SAMSURI|
Tayar jenama Falken semakin popular sekarang ini, terutama dua model mereka, Azenis FK510 dan juga Wildpeak AT3W.

Kenapa secara tiba-tiba Falken kembali popular di kalangan pengguna kenderaan Malaysia? 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk itu, kami “duduk” bersama Ku Seng Yeow, ketua untuk unit tayar UHP (Ultra High Performance) Falken dan Frankie Kong, ketua unit tayar 4X4 Falken. Temubual dilakukan secara atas talian seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.
Menurut KU, prestasi Falken Azenis sebagai tayar berprestasi tinggi semakin dikenali oleh ramai pengguna global.

“Falken Azenis memenangi banyak anugerah di Eropah dan juga di USA kerana ia memang menunjukan peningkatan ketara dari segi prestasi cengkaman dan pelbagai aspek lain,” terang Ku.

“Dan ini tercapai kerana kami di Falken akhirnya mempunyai keupayaan untuk mereka-cipta model tayar dengan cara yang lebih tepat,” sambungnya.

 

 

Falken kini menggunakan sistem rekabentuk 4D Nano Design Technology semasa proses rekabentuk, dan ini membolehkan jurutera-jurutera Falken “melihat” apa sebenarnya berlaku bila kenderaan sedang dipandu laju dan apa yang diperlukan untuk mencapai cengkaman maksimum.

Falken juga memahami keadaan cuaca dan jalanraya di Malaysia, dan memastikan wujudnya empat alur lilitan pada corak bunga untk memastikan kesan “hydroplanning” dikurangkan dan memberikan lebih cengkaman pada permukaan basah.
Blok bahu yang lebar pada FK510 pula memberikan daya cengkaman dari sudut ke sudut pada kelajuan tinggi, sekaligus meningkatkan keyakinan pemandu.

“Dahulu, kami cuma menggunakan proses rekabentuk 2D dan 3D tetapi kini, 4D Nano Design benar-benar membantu kami. Hasilnya ialah tayar-tayar yang jauh lebih baik,” kata Ku.

 

 

Falken Azenis FK510 contohnya ialah salah satu tayar prestasi tinggi (UHT) yang terbaik di dalam pasaran global kerana walaupun ia masih tayar jalanan (street), ia memberikan prestasi seperti sebuah tayar perlumbaan. 

“Teknologi 4D Nano Design membolehkan Azenis FK510 ini mempunyai imbangan yang sempurna - walaupun ia mencengkam dan memberikan daya selekoh terbaik, ia masih selesa dan senyap untuk digunakan secara harian di jalan raya biasa,” jawab Ku ketika disoal akan rahsia di sebalik kejayaan Azenis itu.

 

 

Ku menunjukan bahawa sekarang, Azenis FK510 sudah boleh digunakan untuk kenderaan-kenderaan genre SUV kerana Azenis FK510 SUV memang direka khusus untuk pemilik SUV yang suka pemanduan agresif.

“SUV sendiri sekarang sudah mempunyai prestasi sehebat, atau mungkin lebih hebat dari kereta sedan!” tambah Ku.

 

 

Untuk tayar 4X4 Wildpeak pula, ia mula popular di kalangan pengguna 4X4 tegar di USA. 

“Kumpulan Sumitomo, pemilik Falken mahu sebuah produk yang bagus bagi menembusi pasaran USA. Wildpeak adalah pilihan mereka untuk objektif tersebut dan ia berjaya,” kata Frankie Kong, ketua unit tayar Falken 4X4.

Falken juga berani menandingi jenama-jenama paling premium di US dan terbukti, mereka berjaya.

“Penggunaan teknologi rekabentuk 4D Nano Design turut membantu penghasilan tayar-tayar baharu Wildpeak.

Malah, Falken Malaysia membawa masuk hampir kesemua saiz tayar untuk varian Wildpeak,” terang Frankie.

“Dari saiz 15-inci sehingga ke 20-inci, Falken pasti mempunyai tayar yang sesuai. Falken juga bercadang untuk memperkenalkan tayar Wildpeak bersaiz 22 inci tahun hadapan kerana sudah wujud banyak permintaan.

 

 

Corak bunga terbaharu Wildpeak AT3W (gambar atas) juga menarik perhatian ramai kerana walaupun ia sebuah tayar genre All Terrain (AT), corak bunga agresif ala Mud Terrain mengujakan pemilik 4X4”, kata Frankie lagi.

“Ia nampak ganas seperti tayar MT, tetapi masih sesenyap AT  dan juga selesa serta mempunyai daya cengkaman yang baik di jalanraya.”

Frankie berkata ramai pengguna trak masih memandu seperti sebuah kereta dan kerana itu, Wildpeak menjadi sebutan ramai kerana ia memang mengekalkan keselesaan tayar AT.

Falken adalah salah satu dari lebih 200 jenama tayar yang ada di dalam pasaran Malaysia. Di dunia, Falken adalah antara sepuluh jenama tayar paling popular kerana kualiti, prestasi dan harga jualannya.

 

 

Sebenarnya Falken Malaysia telah pun memperkenalkan produk-produk untuk kenderaan komersil dari trak 1-tan kepada trak prime mover seperti Linam Van01, RI150 dan RI151. Tayar trak Falken BI852 dengan corak bunga terkini sudah pun berada di dalam pasaran dan mendapat sambutan yang menarik.

“Dengan teknologi 4D Nano Design, tayar kenderaan komersil kami sendiri bakal membuat pemandu kenderaan berat terkejut kerana ia bagus, tahan lasak dan mempunyai cengkaman di jalan kering serta basah,” kata Ku.

Sebelum mengakhiri perbincangan, Ku sempat menyentuh isu tentang tarikh luput tayar yang popular di media sosial.

 

 

“Proses penuaan tayar bukan bermula dari tarikh ia dihasilkan di kilang,” terang Ku.

“Kadar kehausan tayar bermula sebaik sahaja ia dipasang pada roda kenderaan dan tekanan udara dimasukkan. Itu permulaan sebenar nyawa tayar. Bukan dari kilang!”

Tayar bukan hanya donut berwarna hitam yang dibuat dari campuran kimia dan getah, tetapi ia antara faktor yang menentukan kita sampai ke destinasi dengan selamat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Falken Azenis FK510 merupakan salah satu tayar prestasi tinggi (UHP) yang terbaik di dalam…
Berita Domestik
Buat mereka yang biasa dengan tayar berprestasi pasti sudah mengenali label Azenis yang berada…