Faktor cuaca, cara pengecasan beri kesan kepada kesihatan bateri EV

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, sama seperti penggunaan bateri biasa yang didapati pada peranti pintar, bateri EV juga sebenarnya mengalami penurunan kapasiti saban tahun?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut syarikat penyedia perkhidmataan telematik untuk fleet kenderaan Geotab mendedahkan dengan lebih terperinci bagaimana jangka hayat bateri kenderaan elektrik menurun selari dengan masa. 

Menggunakan data daripada 6,300 buah kenderaan elektrik (fleet dan persendirian) dari seluruh dunia, secara puratanya kapasiti bateri EV menurun 2.3 peratus per tahun.

Dan daripada data ini sahaja dapat disimpulkan bateri EV mampu beroperasi melebihi jangka hayat sebenar tipikal sesebuah kenderaan.

 

sumber gambar: InsideEVs

Kajian terperinci juga turut memperlihatkan kesan dan akibat daripada sistem penyejukan yang digunakan serta keadaan sekeliling sebenarnya mampu mempengaruhi jangka hayat bateri. 

Menerusi satu perbandingan yang dibuat antara Tesla Model S 2015 dan Nissan LEAF 2015, bateri Tesla didapati menurun kapasitinya 2.3 peratus setiap tahun secara purata jika dibandingkan dengan bateri Nissan (4.3 peratus). 

Ini adalah disebabkan Tesla menggunakan sistem penyejukan jenis cecair untuk memastikan suhu bateri kekal optimum manakala bateri Nissan hanya bergantung kepada sistem penyejukan udara pasif semata-mata. 
 

sumber gambar: Wired

Geotab juga mendapati jenis pengecas yang digunakan juga sedikit sebanyak mempengaruhi jangka hayat serta kadar kepantasan pengecasan yang ditawarkan. 

Jika dibandingkan dengan penggunaan pengecas Level 1 (120 V), Level 2 (240 V), sistem pengecasan pantas DC dikatakan memberikan kesan yang lebih ketara kepada jangka hayat bateri, disebabkan penggunaan arus yang tinggi memberikan beban kepada sistem bateri. 

Malah, secara amnya para pengeluar seperti Tesla memberikan cadangan supaya para pengguna mengehadkan penggunaan sistem pengecasan pantas demi memanjangkan jangka hayat bateri. 
 


Menariknya, kajian itu turut menyebut EV yang kerap dipandu tidak mengalami sebarang penurunan kapasiti bateri yang ketara jika dibandingkan dengan EV yang jarang dipandu atau dicas dengan lebih kerap. 

Namun, faktor yang lebih penting adalah iklim di mana ia sebenarnya banyak memainkan peranan di dalam menentukan jangka hayat bateri EV.

Menurut Geotab, EV yang dipandu di dalam keadaan cuaca yang panas akan mengalami penurunan kapasiti bateri yang lebih cepat berbanding mereka yang tinggal di negara beriklim sejuk.

Untuk laporan penuh, anda boleh terus ke pautan ini untuk bacaan yang lebih terperinci. 

Sumber: Geotab

Berita Berkenaan

Uncategorized
Pemilik itu dilapor menghadapi dilema apabila dia mengetahui bahawa Model 3 yang dibeli pada tahun…
Berita Global
Keadaan ini merumitkan bila banyak negara mula mengadakan sekatan ekonomi dan meningkatkan…
Berita Global
Cao Cao 60 merupakan sebuah model EV dari jenama Cao Cao Auto yang baru sahaja dilancarkan pada…