Fakta yang perlu anda tahu berkenaan pasukan PETRONAS di dalam MotoGP

oleh Mohamad Hanif|
Umum telah mengetahui bahawa PETRONAS kini bersedia untuk menghadapi cabaran Kejohanan Dunia MotoGP 2019 menerusi pelancaran rasmi kedua-dua pasukan PETRONAS Yamaha SRT dan juga PETRONAS Sprinta Racing yang diadakan baru-baru ini.

Serentak dengan itu juga, PETRONAS turut sama mendedahkan liveri pasukan tersebut yang menonjolkan logo serta warna hijau rasmi PETRONAS pada jentera lumba mereka.

Bagi menyemarakkan rasa sokongan kepada pasukan yang bakal menaikkan nama negara di mata dunia, berikut kami sajikan beberapa perkara yang perlu anda tahu berkenaan kedua-dua pasukan PETRONAS ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


1. Ini merupakan kali pertama pasukan di Asia Tenggara mempunyai penyertaan di dalam ketiga-tiga kategori perlumbaan, iaitu MotoGP, Moto2 dan juga Moto3. 

2. Pasukan PETRONAS Yamaha SRT merupakan satu-satunya pasukan satelit yang bernaung sepenuhnya di bawah Yamaha Motor Co. dengan sokongan daripada pengilang sepenuhnya. 

3. Pasukan PETRONAS Yamaha SRT bakal berentap di kategori MotoGP diwakili oleh pelumba Rookie MotoGP 2018, Franco Morbidelli dan bekas pelumba Moto2, Fabio Quartararo. 
 


4. Terima kasih kepada kerjasama erat di antara pasukan dan Yamaha Motor Co. Ltd, jentera yang bakal digunakan oleh pasukan PETRONAS Yamaha SRT ialah Yamaha YZR-M1 dengan spesifikasi yang sama seperti pasukan pengilang. 

5. Tahun 2019 merupakan musim kedua penyertaan PETRONAS Sprinta Racing di dalam kategori Moto2, dan musim kelima di dalam kategori Moto3. 

6. Pelumba negara, Khairul Idham Pawi bakal menyahut cabaran berlumba di dalam kategori Moto2, manakala rakan sepasukan Ayumu Sasaki dan John McPhee di dalam kategori Moto3. 
 


7. Ini merupakan kali pertama Khairul Idham Pawi berlumba menggunakan jentera KALEX spesifikasi Moto2 dengan nadi kuasa enjin tiga silinder 765 cc daripada Triumph.

8. Dalam kategori Moto3, pelumba Ayumu Sasaki dan John McPhee bakal menggunakan jentera Honda NSF250RW dengan kuasa yang dihasilkan melebihi 62 hp. 

9. Merupakan salah seorang daripada VR46 Academy Rider, Franco Morbidelli bukan calang-calang orangnya apabila beliau muncul juara dunia kategori Moto2 pada tahun 2017, selain meraih anugerah Rookie of the Year MotoGP pada tahun lalu. 

10. Pada usia 19 tahun tahun ini, pelumba Fabio Quartararo merupakan pelumba paling muda di dalam kategori MotoGP dan ini merupakan kali pertama beliau menyertai kategori ini setelah 2 tahun bertarung di bawah kategori Moto2. 
 


11. Selaku pelumba yang sudah memasuki musim ketiga mencuba nasib di dalam kategori Moto2, ini adalah kali pertama Khairul Idham Pawi bernaung di bawah PETRONAS Sprinta Racing dan satu-satunya pelumba tempatan yang bakal memberikan saingan. 

12. Pelumba #71 daripada Jepun, Ayumu Sasaki menyertai kategori Moto3 sepenuh masa di bawah naungan daripada SIC Racing Team pada tahun 2017, dan pernah merangkul anugerah Rookie of the Year pada tahun yang sama. 

13. Rakan sepasukan Ayumu Sasaki, #17 John McPhee kini merupakan antara pelumba paling berpengalaman di dalam kategori Moto3 dengan penglibatan bermula daripada tahun 2012 lagi dan kini menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Racing dengan jentera Honda. 
 


14. Kesemua jentera dengan liveri baharu di dalam kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3 bakal membuat kemunculan di litar lumba Sepang buat pertama kalinya pada 6-8 Februari untuk sesi Ujian Rasmi MotoGP 2019.

15. Pusingan pertama perlumbaan MotoGP bakal bermula di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 10 Mac 2019 ini. 
 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook PETRONAS Motorsports di https://www.facebook.com/PETRONASMOTORSPORTS/

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…