Fakta Rawak: Tahukah anda makna di sebalik Hilux?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Hilux 1st gen
Toyota Hilux 1st gen
Toyota Hilux sudah mencapai status ikonik dengan peminat di serata dunia. Di negara kita sendiri, Hilux atau disebut Hailak menjadi nama ganti kepada pikap biarpun model itu dari pengeluar berbeza.

Apa yang istimewa tentang Hilux? Dari maklum balas di media sosial, Hilux merupakan kenderaan kerja yang boleh diharap dan tahan lasak.

Dari sudut pembelian pula, Hilux merupakan keputusan yang bagus disebabkan harga unit terpakai berada pada paras baik biar pun sudah berusia belasan tahun.

Di negara kita, pikap mempunyai susut nilai yang baik dan harga jarang jatuh dengan ketara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota Hilux 1st gen

 

Dari segi sejarah, Hilux pertama kali ditampilkan pada Mac 1968 sebagai sebuah pikap baharu jenis bonet di depan (bonnet-type truck). 

Hilux adalah idea Toyota dan kemudian dibangunkan dan dikeluarkan oleh Hino Motors, Ltd. di kilang miliknya di Hamura, Jepun.

Hilux generasi pertama digerakkan enjin 1.5 liter (2R) berkuasa 70 PS yang turut digunakan pada Toyoace.

Enjin itu dipadan bersama transmisi empat kelajuan manual dan penukar gear jenis column.

Sistem gantungan depan jenis double wishbone dan suspensi pegas gegelung manakala bentangan belakang jenis rigid axle dan suspensi pegas daun.

 

Toyota Hilux 1st gen

 

Ada dua varian Hilux yang ditawarkan iaitu Deluxe dengan kelengkapan ala sedan dan satu lagi jenis Standard.

Hilux mempunyai kapasiti tiga penumpang dan daya muatan beban 1,000 dengan ruang kargo (cargo bed) berukuran 1,850 mm panjang.

Pada April 1969, varian dengan jarak roda (wheelbase) dipanjangkan dan saiz kargo 2,250 mm diperkenalkan.

Pada Julai tahun berikutnya dua versi Hilux van diperkenalkan iaitu jenis aluminium dan yang mempunyai penyejuk (refrigerated).

Toyota kemudian pada Februari 1971 menggantikan enjin asal kepada 1.6 liter berkuasa 83 hp (12R).

Model silih berganti dan melepasi usia puluhan tahun, Hilux kini berada pada generasi kelapan.

 

Toyota Hilux 1st gen

 

Selain itu apakah maksud Hilux? Ia sebenarnya gabungan dua perkataan iaitu high yang bermaksud tinggi dan luxury atau kemewahan.

Toyota Hilux generasi kelapan dengan jelas membawa definisi mewah dan antara sebab mengapa kelihatan berbeza berbanding model sebelumnya.

Penulis: Muhammmad Md Tajudin

Kredit foto: Toyota

 

Toyota Hilux 1st gen

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…