Fakta Rawak: Sejarah SUV Mazda Bahagian 2 (Dari berkotak kepada membujur)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda CX-5 2014
Mazda CX-5 2014
Sejarah SUV pada hari ini yang canggih, praktikal dan menawan bermula puluhan tahun dahulu dengan pacuan empat roda utilitarian dan digunakan untuk kerja termasuk tugas-tugas ketenteraan.

Begitu juga Mazda, bermula dengan jip Pathfinder yang direka di Hiroshima, Jepun dan dipasang secara eksklusif serta dijual di Burma dari tahun 1970 dan 1973.

Satu ketika dahulu Pathfinder popular sebagai kenderaan tentera dan polis dan masih boleh ditemui di Myanmar dalam kuantiti sedikit.

Selepas beberapa model dengan konsep lasak dan utilitarian Mazda memperkenalkan Tribute pada tahun 2000, sebuah SUV dengan gayaan moden dan kembar kepada Ford Escape.

Kemuncak kepada SUV moden buatan Mazda apabila CX-9 generasi pertama dilancar pada tahun 2007.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mazda CX-9

 

Mazda CX-9 1st gen

 

CX-9 tampil dengan gayaan sporti, bumbung landai ke belakang, lengkungan roda (wheel arch) yang menonjol dan berkongsi beberapa komponen mekanikal bersama model Ford.

Tidak seperti model-model OEM hasil kerjasama dengan pengeluar lain sebelum itu, CX-9 adalah SUV bebas pertama buatan Mazda dan sebuah model yang membawa gayaan tersendiri Mazda dan fokus kepada dinamika pemanduan.

Walaupun sudah berusia, CX-9 masih kelihatan menawan pada hari ini.

CX-9 berada dalam kategori SUV saiz besar Amerika Syarikat, ukuran panjang lebih lima meter dan mempunyai tujuh tempat duduk.

SUV ini dikuasakan enjin V6 petrol dan pada asalnya tidak dirancang untuk dijual di Eropah.

Satu perkara menarik apabila CX-9 generasi pertama pernah ditawarkan secara rasmi di negara kita.

 

Mazda CX-7

 

Mazda CX-7

 

Sebuah lagi model dengan reka bentuk sporti dilancarkan di United Kingdom pada tahun 2007. CX-7 diasaskan dari model konsep MX-Crossport yang dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Los Angeles 2006.

CX-7 direka oleh Moray Cullum, individu sama yang mereka bentuk CX-9 dan diposisikan di bawah SUV besar itu.

Sama seperti CX-9, SUV saiz sederhana ini ditawarkan di negara kita dan pada 2013 berharga RM248,008.

CX-7 mempunyai beberapa pilihan enjin di antaranya 2.3 liter Mazda MZR turbo berkuasa 256hp. SUV itu meraih pujian untuk pengendalian tajam ala kereta dan kotak gear yang lancar.

 

Mazda CX-7

 

Tanpa enjin diesel, penerimaan CX-7 di Eropah pada awalnya terhad dan pada 2009, enjin 2.2 diesel berkuasa 170 bhp ditawarkan.

Menjelang tahun 2010, jualan CX-7 di UK hanya mewakili 1.9 peratus prestasi keseluruhan Mazda. 

Pelancaran model seterusnya mengubah senario tersebut dan sesuatu yang jauh lebih baik.

 

Mazda CX-5

 

Mazda CX-7

 

Pada masa ini, reka bentuk bukan masalah buat Mazda. CX-5 dilancarkan dan model pertama yang menggunakan teknologi Skyactiv dan juga pertama tampil dengan reka bentuk Kodo.

CX-5 2012 adalah model generasi baharu pertama Mazda dengan enjin, casis dan teknologi terkini serta menerima pujian dari media dan pelanggan.

SUV saiz sederhana ini digerakkan enjin petrol 2.0 liter Skyactiv-G dan diesel 2.2 liter Skyactiv-D yang memacu roda depan atau semua roda.

CX-5 dinamakan sebagai Kereta Tahunan Jepun 2012 dan merupakan model berjaya untuk Mazda di kesemua pasaran utama. 

 

Mazda CX-5

 

Kejayaan CX-5 generasi pertama turut boleh disaksikan di pasaran tempatan, ia dijual dengan pakej yang sangat berbaloi untuk wang.

Menjelang tahun 2013 jualan CX-5 mewakili 19 peratus dari prestasi keseluruhan Mazda di UK.

Pada tahun 2014, model yang dipertingkatkan diperkenal sebelum generasi kedua CX-5 dipertonton di Pameran Kenderaan Los Angeles 2016.

 

Mazda CX-3

 

Mazda CX-3

 

Mazda terus menawarkan SUV yang menarik di mata dan teknologi buat pengguna antarabangsa. SUV saiz kecil CX-3 diperkenal pada tahun 2015 dan berkongsi platform dengan Mazda2.

CX-3 ditawarkan dengan enjin petrol dan diesel dan pilihan pacuan roda depan atau semua roda. 

Keputusan Mazda memberi tumpuan kepada SUV berhasil apabila gabungan jualan CX-5 dan CX-3 menguasai 37 peratus prestasi Mazda di UK.

Sudah beberapa tahun di pasaran, CX-3 kelihatan seperti baru dilancarkan dan masih segar di dalam arus persaingan SUV.

 

Mazda CX-9 generasi kedua

 

Mazda CX-9

 

CX-7 sudah dihentikan atau diganti dengan CX-5 manakala generasi kedua CX-9 dilancar pada tahun 2016.

SUV saiz besar ini membawa perincian, kelengkapan dan kualiti premium sebagai sebuah model perdana (flagship) Mazda.

Ia dijual di peringkat antarabangsa seperti Timur Tengah, Australasia, Rusia, Amerika Utara dan pasaran tempatan. Di AS, CX-9 menerima sambutan baik dengan 26,000 jualan pada tahun 2019.

Model yang dipertingkatkan dilancar di pasaran tempatan pada Mac 2020 dan sebagai SUV premium dan diimport dari Jepun dijual pada harga RM319,610.40 (2WD) dan RM336,610.40 (4WD).

 

Mazda CX-8

 

Mazda CX-8

 

Mazda terus tidak melupakan pasaran tempatan dan CX-8 yang merupakan model baharu turut dijual di negara kita.

Menariknya, CX-8 dipasang di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah dan dilancarkan pada November 2019 .

Pemasangan tempatan membolehkan CX-8 dijual pada harga menarik untuk pakejnya iaitu dari RM179,960.40 hingga RM217,722.80 melalui tiga spesifikasi utama Mid, Mid Plus dan High. 

Secara keseluruhan ada empat varian CX-8 di pasaran tempatan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter petrol 2WD atau 2.2 liter diesel 4WD.

 

Mazda CX-8

 

Berbeza dengan CX-5, SUV ini mempunyai ukuran lebih panjang dan mempunyai tiga baris tempat duduk dengan enam atau tujuh penumpang bergantung kepada varian.

CX-8 pertama kali dilancarkan pada 2017 dan pengedar di Jepun menerima 12,000 tempahan pada beberapa minggu pertama jualan di sana. 

 

Mazda CX-4

 

Mazda CX-4

 

Ini adalah model yang tidak kurang menarik dan dikeluarkan serta dijual hanya di China. CX-4 merupakan SUV yang diinspirasi dari coupe dengan garisan bumbung landai ke bawah.

CX-4 dilancarkan di China pada 2017 dan satu lagi contoh keupayaan Mazda dalam menghasilkan SUV mengikut citarasa setempat.

 

Mazda CX-30

 

Mazda CX-30

 

SUV ini mempunyai saiz lebih besar dari CX-3 dan dilancarkan pada 2019. CX-30 model kedua selepas Mazda3 yang menggunakan teknologi pencucuhan mampatan kawalan percikan (spark-controlled compression ignition) Skyactiv-X.

Dari segi reka bentuk, CX-30 tampil berbeza dengan gabungan SUV yang menyerlah dan profail bergaya sebuah coupe.

Gaya, terutama sekali bagaimana Mazda membentuk ukuran bahagian atas CX-30 sangat berbeza dengan pesaing lain.

Dari segi penerimaan pasaran, gabungan jualan CX-5 dan CX-30 Mazda UK mencecah 45.5 peratus pada tahun 2019.

 

Mazda MX-30

 

Mazda MX-30

 

Selepas menzahirkan reka bentuk menawan, teknologi canggih dan falsafah yang kuat Mazda memperkenalkan MX-30 pada 2019.

Dari segi reka bentuk, MX-30 membawa tema Kodo yang berbeza dari sebelumnya dan meneroka sempadan falsafah tersebut.

Bukan sahaja gaya berbeza, MX-30 membuka lembaran baharu buat SUV keluaran Mazda apabila dikuasakan nadi elektrik sepenuhnya!

Lagi bacaan:

Fakta Rawak: Sejarah SUV Mazda Bahagian 1 (Dari Burma hingga AS)

Sejarah kereta kecil Mazda, dari 2 pintu hingga pintu buka ke atas!

Mazda Bongo 2020, van legenda kembali!

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…