Fakta menarik berkenaan Litar Mandalika

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Litar Antarabangsa Sepang, sesi latihan MotoGP turut mengambil tempat di negara jiran, iaitu di Litar Mandalika.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, pusingan perlumbaan MotoGP di Litar Mandalika akan berlangsung buat kali pertama di lokasi tersebut pada 19-20 Mac ini, setelah kali terakhir Indonesia menganjurkan MotoGP pada tahun 1997 di Litar Sentul.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik berkenaan Litar Mandalika yang pernah menimbulkan kontroversi sewaktu sesi latihan tempoh hari.

1. Terletak di Daerah Lombok Tengah, Litar Mandalika ini telah dirasmikan pembukaannya pada 12 November 2021.

2. Litar Mandalika adalah sepanjang 4.31 km dengan jumlah keseluruhan selekoh adalah sebanyak 17 buah.

3. Biarpun disifatkan sebagai litar jalanan, Litar Mandalika merupakan sebuah litar binaan khusus yang menggandingkan infrastruktur jalan raya sedia ada.

4. Grandstand Litar Mandalika mampu memuatkan kapasiti penonton sehingga 50,000 orang, manakala kawasan berdiri pula mempunyai kapasiti sehingga 138,000 orang.

5. Pembinaan trek Mandalika menggunakan teknologi aspal yang paling moden, dinamakan sebagai Stone Mastic Asphalt (SMA).

6. Litar Mandalika dikelilingi oleh pelbagai lokasi tarikan pelancongan seperti Bukit Merese, Pantai Tanjung Aan, Pantai Tanjung Bongo, Pantai Kuta Mandalika, Pantai Seger dan juga Desa Sade.

7. Terdapat motif batik tenun sasak menggunakan corak Subahnale yang boleh dilihat di sepanjang selekoh yang ke-15 dan 16.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Gambar tersebut dirakam jurugambar profesional yang dimuat naik dalam akaun Instagram Repsol Honda…
Berita Global
Menurutnya, keadaan Litar Mandalika tidak sesuai untuk tunggangan jentera lumbanya dan kesal dengan…