Fakta-fakta peranti Smart Tag yang anda tidak tahu

oleh HEZERI SAMSURI|
Peranti tag infra-merah (Infra Red Tag Device) memang tidak asing lagi kepada pengguna jalanraya Malaysia.

Di bawah ialah fakta-fakta mengenai peranti ini yang kami rasa anda pun sudah lupa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
  • Ia dilancarkan dalam tahun 1999 dan dibina oleh Teras Technology, anak syarikat Touch N Go (dahulunya dikenali sebagai Rangkaian Segar Sdn Bhd). Ia menggunakan teknologi Efkon dari Austria.
  • Nama komersil peranti ini ialah SMART TAG, dan SMART bermaksud Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol. Sekarang ini, peranti tag infra-merah dipanggil secara umumnya sebagai Smart Tag walaupun sudah ada dua jenama lain di dalam pasaran - E-Tag dan MaxTAG.
  • Smart Tag sebenarnya dicadangkan untuk menggantikan sistem kad sentuh dan jalan Touch n Go. Tapi nampaknya itu tidak berlaku.
  • Kos asal peranti itu ialah RM250, tetapi ia ditolak kerana terlalu mahal. Smart Tag direka dengan sasaran harga jualan RM100 sebelum cukai dan kos lain.

 

 

  • Smart Tag juga sebenarnya boleh digunakan di kawasan perumahan elit di mana sistem keselamatan akan membaca Smart Tag kenderaan yang dibenarkan sahaja untuk masuk ke dalam kawasan tersebut. Ia pernah digunakan di Ledang Heights, Bandar Nusajaya, Johor.
  • Malaysia mempunyai 2,000 lorong tol di seluruh negara, dan 500 darinya ialah lorong Smart Tag. 
  • Sebanyak 4 juta unit Smart Tag terjual sejak dilancarkan dalam tahun 1999.
  • Sistem infra-red pada Smart Tag mampu dibaca oleh komputer pada rumah tol walaupun kenderaan itu bergerak pada kelajuan 100 kmsj.

 

 

  • Oleh kerana rumah tol di dalam negara menggunakan sistem berpalang, kelajuan cadangan untuk Smart Tag ialah 30 kmsj.
  • Untuk memastikan Smart Tag anda berfungsi dengan baik, anda perlu gunakan jenama bateri 9 Volt seperti di bawah:
    • GP battery (digalakkan)
    • Energiser (digalakkan)
    • Duracell
    • Semua bateri jenis Super Alkaline
  • Smart Tag perlu dilekatkan pada sudut 45-darjah agar ia mudah dibaca oleh pengesan di rumah tol.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…
Berita Domestik
"Tiga ke lima tahun adalah masa yang terlalu lama. Tetapi beri kami masa untuk memastikan sistem…
Berita Domestik
Pengguna di Malaysia yang bijak memang sudah lama menerima kenyataan bahawa tol akan tetap wujud.…