Fakhirah Khairuddin - anak didik MRSM kini bertugas di Tesla!

oleh Mohamad Hanif|
Gempar seketika media sosial pada hujung minggu yang lalu apabila berita seorang anak Malaysia telah berjaya diterima sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat automotif gergasi Amerika Syarikat, Tesla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kisah ini dikongsikan oleh Dr. Zulkifli Hussain, seorang kaunselor di mana bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Faskhirah Khairuddin kini bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.

Menurut perkongsian beliau, Fakhirah Khairuddin merupakan pelajar Batch pertama dari MRSM Ulul Albab, Kota Putra, Besut, Terengganu.

Sebagai makluman, Penubuhan MRSM Ulul Albab bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang bercirikan mukmin professional yang bukan sahaja bermatlamat untuk melahirkan pelajar di dalam bidang STEM (science, technology, engineering & mathematics), juga merangkumi amalan penghayatan dan hafalan ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian.

 


Setelah tamat pengajian di MRSM, Fakhirah mengikuti bidang pengajian BS Aerospace Engineering di University of California San Diego di bawah tajaan MARA, sebelum melanjutkan pelajaran di dalam MS Mechanical Engineering di universiti yang sama.

Fakhirah kini menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di syarikat automotif Tesla.

Menurut satu lagi hantaran berbeza dari Richard Ker (Aerodyne Group), Fakhirah berjaya mendapat tempat pertama di dalam pertandingan Northrop Grumman System Engineering Challenge 2019 mengalahkan 50 pasukan yang lain menerusi projek lengan robotik yang direka dan diprogramkan oleh beliau sendiri. 

Selain daripada itu, beliau turut mengetuai pasukan penyelidikan dan pembangunan Hexacopter Project di University of California dengan mendemonstrasikan dan menambahbaik konsep rekaan sebuah quadcopter.

Semoga kisah Fakhirah Khairuddin ini mampu memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Sumber: Hijabista, Facebook Dr. Zulkifli Hussain, Richard Ker

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Di dalam sesi lawatan ke kilang Tan Chong Subaru Automotive Thailand (TCSAT) siang tadi, saya…