Fabio Quartararo sertai pasukan pengilang Yamaha musim 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba MotoGP, Fabio Quartararo kekal sebagai pelumba pasukan pengilang Yamaha bergandingan dengan Maveric Vinales untuk musim perlumbaan 2021 dan 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pelumba Perancis berusia 20-an itu dilaporkan menggantikan peranan Valentino Rossi namun tiada sebarang kata putus dibuat untuk menentukan masa hadapan Rossi pada ketika ini sama ada bersara ataupun bertukar pasukan satelit Yamaha. 

Menurut pengarah urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis berkata, "kami berasa gembira Fabio bersetuju menyertai pasukan Yamaha Factory Racing MotoGP untuk musim perlumbaan 2021 dan 2022.

"Pencapaiannya di dalam MotoGP ketika tahun permulaan perlumbaannya cukup menarik dibuktikan dengan pencapaian enam kedudukan pole dan tujuh podium pada musim 2019.

"Sudah pasti, menjemput Fabio menyertai pasukan pengilang Yamaha selepas tamat kontrak dengan Petronas Yamaha Sepang Racing Team adalah satu langkah yang paling logik.
 


Untuk musim perlumbaan akan datang, Fabio Quartararo akan dibekalkan dengan jentera YZR-M1 spesifikasi kilang dan menerima sokongan penuh daripada Yamaha. 

Fabio Quartararo dalam satu kenyataan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YMC dan Petronas Yamaha Sepang Racing Team yang memberikan beliau peluang berentap di dalam MotoGP pada tahun 2019.

"Saya berasa amat gembira untuk menguji jentera baharu YZR-M1 pada minggu hadapan di Litar Antarabangsa Sepang, dan bekerja kembali bersama-sama kru pasukan. 

"Saya akan memberikan yang terbaik untuk membuatkan mereka bangga, tahun ini," ujar beliau. 


 

Berita Berkenaan

MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Informasi
Moto3 pada usia 15 tahun Fabio Quartararo atau nama gelarannya El Diablo memulakan saingan di…
MotorGP
Pelumba Itali berusia 25 tahun itu, yang memulakan saingan di petak ketiga, dipintas oleh pelumba…