F350 MINI JCW talaan Manhart, meriah dengan warna British Racing Green!

oleh Mohamad Hanif|
Warna hijau ikonik British Racing Green sememangnya amat kena bila dipakai oleh kereta-kereta buatan British, dan tidak ketinggalan jenama MINI yang kini dinaungi oleh BMW Group, MINI.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penawaran warna ini boleh dilihat menerusi model baharu F350 Mini JCW GP yang ditawarkan oleh Manhart, menampilkan warna hijau yang dikontraskan dengan aksen dan jalur merah oleh JD Customs.

Menurut penala tersebut, gandingan skema warna ini adalah unik dan tidak akan dilayangkan pada model-model JCW GP yang lain.

 


Namun jika anda kurang berminat dengan gandingan warna hijau merah ini, terdapat opsyen warna lain yang turut disediakan.

Sentuhan Manhart turut diberikan pada beberapa aspek seperti rim Concave One aloi bersaiz 19 inci, kit badan agresif, dan liveri unik.

 


Kuasa pula diperoleh daripada enjin B48 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 350 hp dan 530 Nm, peningkatan daripada angka asal 301 hp/450 Nm terima kasih kepada talaan kepada ECU dan penggunaan intercooler Manhart.

Sistem perpaipan telah dilengkapkan dengan paip penggantian penapis zarah petrol dan sistem ekzos jenis cat-back Remus dengan kawalan flap empat peringkat.

 


Sistem gantungan dipertingkatkan dengan penggunaan set spring yang merendahkan ketinggian hadapan sebanyak 20 mm dan 15 mm belakang, selain tiga opsyen coilover boleh laras sepenuhnya dari AST Suspension.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…