F1NALE - peluang untuk menyaksikan acara perlumbaan F1 terakhir di Malaysia

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tibanya bulan September ini (atau dengan tepat, 49 hari dari sekarang), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menganjurkan perlumbaan Formula One yang terakhir di Malaysia. 

 

Sesuai dengan peristiwa ini, tema kempen penganjuran acara F1 terakhir oleh SIC dinamakan sebagai “F1NALE” atau “yang terakhir”. 

 

SIC1

 

Formula One Grand Prix Malaysia 2017 akan berlangsung dari 29 September hingga 1 Oktober, dan akan menampilkan pelbagai aktiviti dan produk menarik bagi meraikan 19 tahun penganjuran F1 di negara ini, termasuk semua harga tiket rendah yang tidak boleh dilepaskan.

 

Bagi menarik lebih ramai peminat menyaksikan perlumbaan itu, SIC menjual tiket pada harga murah (82% lebih rendah dari biasa) pada rakyat Malaysia (yang memegang MyKad). 

 

SICtiketlist2017

 

Misalnya, harga tiket untuk tiga hari perlumbaan dijual antara RM58.68 (Hillstand K2) dan RM613.68 (Grandstand Utama). 

 

Pondok-pondok penjualan tiket dan cenderamata F1 akan dibuka di gedung membeli-belah NuSentral dan Suria KLCC. Anda juga boleh melayari http://www.sepangcircuit.com/events/formula-1-petronas-malaysia-grand-prix/event-info untuk membuat pembelian.  

 

Selain dari dapat menonton perlumbaan termasyhur dunia itu untuk kali terakhir, pembeli tiket F1 akan turut menikmati aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada hujung minggu perlumbaan F1 itu seperti F1 Music Festival, F1 Fan Zone dan XTRACK Experience antara lain.

 

SICF1

 

Sejak 1999 (selama 19 tahun), banyak peristiwa bersejarah telah dicatatkan di litar Sepang. Antara peristiwa yang menarik ialah kembalinya hero F1, Michael Schumacher setelah beliau patah kaki di perlumbaan di Britain pada tahun yang sama. 

 

Jangan lepaskan peluang untuk berada di litar Sepang September ini, dimana anda akan menjadi saksi pada peristiwa bersejarah dalam sukan bermotor negara dan di dunia.

 

SICbye

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
MotorGP
"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan…