F15 - bukan jentera F1, tapi ventilator dari Scuderia Ferrari

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun musim perlumbaan Formula One masih lagi ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan, Scuderia Ferrari tidak pernah mendiamkan diri daripada terus menghasilkan alat yang mampu membantu umat sejagat terutama ketika musim pandemik COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Oleh sebab itu wujudnya projek F15 - projek penghasilan ventilator di mana F merujuk kepada huruf awalan kedua-dua firma manakala nombor satu dan lima pula merujuk kepada projek yang bermula dari sekeping kertas yang bersih kepada penghasilan prototaip berfungsi dalam masa hanya lima minggu sahaja.

 


Menurut Ferrari, projek ventilator ini bermula daripada sebuah panggilan daripada IIT bagi menangani penularan pandemik COVID-19 di Itali.

Kedua-dua pihak mahukan sebuah ventilator yang boleh dipercayai, versatil dan mudah untuk digunakan bagi memenuhi keperluan rawatan rapi bertaraf medium.

 


Demi mengejar kos dan masa, alat ventilator yang dihasilkan menggunakan bahan sedia ada, di mana Scuderia Ferrari bertanggungjawab terhadap rekaan, manakala pihak IIT pula menyumbangkan bahan pembuatan dan perisian bagi mengawal peranti tersebut.

Setakat ini, Ferrari telah pun menghubungi beberapa buah syarikat di seluruh Itali, Mexico dan Amerika Syarikat bagi membantu mengedarkan ventilator tersebut kepada mereka yang memerlukan.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…
Sukan Bermotor
Pengumuman merekrut pemandu termuda dalam sejarah 50 tahun Ferrari tersebut dibuat selepas McLaren…
Sukan Bermotor
Menurut beliau, penglibatan diri di dalam F1 merupakan pelaburan jangka panjang, di mana ia…