F1: Valtteri Bottas ganti tempat Kimi Raikkonen di Alfa Romeo

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1, Valtteri Bottas sah menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Kimi Raikkonen bermula musim hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Valtteri, beliau berasa amat teruja untuk menyertai Alfa Romeo Racing ORLEN pada tahun 2022 dan menyifatkannya sebagai satu permulaan baharu di dalam kariernya.

Sebelum ini, pemandu yang berasal dari Finland itu telah berjaya membantu pasukan Mercedes merangkul empat anugerah pengeluar dan memenangi sembilan perlumbaan, selain berjaya meraih 17 kedudukan pole, dan 63 podium semenjak menyertai F1 pada tahun 2013.

Valtteri Bottas menggantikan tempat Kimi Raikkonen yang mengumumkan persaraan beliau dari F1 beberapa hari yang lalu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…
Sukan Bermotor
Jadi, siapakah yang bertanggungjawab di dalam penghasilan dan pengujian jentera F1 yang dipandu…
Sukan Bermotor
Jentera Mercedes-AMG F1 W12 E Performance ini merupakan jentera pertama yang menggunakan kod…