F1 umum penamatan kontrak GP Russia

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan serangan Russia ke atas Ukraine minggu lalu, F1 mengumumkan mereka tidak akan menganjurkan perlumbaan di Russia pada tahun ini.

Namun, kenyataan terbaharu mendedahkan bahawa F1 kini telah pun menamatkan kontrak bagi GP Russia.

Menurut kenyataan tersebut, F1 mengesahkan mereka tidak lagi akan berlumba di Russia pada masa akan datang, meskipun kontrak dengan GP Russia masih lagi sah sehingga 2025.

Ini bermakna, tiada lagi perlumbaan yang bakal berlangsung baik di Litar Sochi, mahupun di litar St Petersburg seperti yang dirancang untuk tahun 2023.

Pelumba Russia, Nikita Mazepin jelas sekali berhadapan dengan keadaan yang sukar, memandangkan tajaan Uralkali telah pun dikeluarkan daripada pasukan Haas pada hari terakhir ujian pra-musim minggu lalu.

Sumber: Motorsport.com

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Langkah ini hadir susulan keputusan Adrian Newey untuk berundur daripada tugas pengurusan hanya…
Sukan Bermotor
Hamilton akui sudah kembali ke prestasi terbaik Menurut juara dunia tujuh kali itu, beliau kini…
Sukan Bermotor
Badan pentadbir sukan permotoran dunia, FIA, memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat demi…