Mereka merupakan pasukan kedua yang memperlihatkan jentera F1 selepas pasukan Haas, namun menurut Prinsipal Pasukan Christian Horner, mereka mahu 'menyembunyikan' rekaan sebenar daripada dilihat oleh pasukan lawan sehinggalah tiba perlumbaan yang pertama.

Jentera RB18 merupakan kereta pertama yang dibangunkan setelah Honda membuat keputusan untuk keluar dari sukan tersebut.
Unit kuasa yang digunakan sebenarnya masih lagi dibangunkan oleh Honda, namun ia akan dijenamakan semula menggunakan nama divisyen Red Bull Powertrains.