F1: PETRONAS nafi mahu henti kerjasama dengan Mercedes-AMG

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat PETRONAS menafikan laporan yang mendakwa entiti tersebut akan menarik diri daripada penjadi penaja utama pasukan F1 Mercedes-AMG pada tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan kepada The Edge, PETRONAS menjelaskan, "PETRONAS dan Mercedes telah menjadi rakan kerjasama sejak tahun 2010 dalam hubungan kolaboratif jangka panjang yang mampu memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

"Tahun lalu, kami melanjutkan kerjasama untuk kitaran beberapa tahun, dan kami berbangga untuk meneruskan kerjasama ini.

Dalam pada itu, GPFans turut melaporkan wakil Mercedes mengeluarkan kenyataan yang serupa pada Isnin lalu.

Berdasarkan laporan terdahulu, laman Decalspotters melaporkan PETRONAS akan mengakhiri tajaan pasukan F1 Mercedes-AMG pada penghujung musim 2021.

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…