F1: Mick Schumacher sertai pasukan Mercedes sebagai pemandu simpanan

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Mercedes-AMG F1 mengumumkan kemasukan bekas pelumba Haas, Mick Schumacher sebagai pemandu simpanan mereka untuk musim hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dalam satu kenyataan menjelaskan, "Mick merupakan seorang pelumba muda yang berbakat, dan kami amat berbesar hati untuk menerima kehadiran beliau ke dalam pasukan kami.

"Dengan dua tahun pengalaman berlumba di dalam sukan Formula One, beliau akan bersedia untuk menggantikan tempat Lewis atau George satu hari nanti, sekiranya diperlukan.

 


Mick Schumacher berkata, "saya melihat ini sebagai satu permulaan baharu, dan saya amat teruja serta berterima kasih kepada Toto dan semua orang kerana meletakkan kepercayaan pada saya.

"F1 merupakan satu dunia yang menarik, dan anda tidak akan berhenti belajar, jadi saya berharap agar dapat belajar lebih banyak ilmu dan meletakkan semua usaha untuk manfaat pasukan Mercedes.

Terdahulu, pasukan Ferrari mengumumkan untuk tidak menyambung kolaborasi bersama Schumacher selepas empat tahun bersama.

 


Schumacher memenangi gelaran juara Formula Two pada tahun 2020 selepas menyertai program pemandu muda Ferrari pada tahun 2019.

Beliau kemudian membuat kemunculan rasmi di dalam Formula One menerusi pasukan Haas pada tahun 2021.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Pemandu Jerman itu kemudian disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan namun tidak beraksi…
Sukan Bermotor
Di bawah peraturan terbaharu, F1 mahu menjadikan perlumbaan yang lebih kompetitif selain…
Berita Global
  Pemandu berusia 21 tahun itu akan merasai sendiri pemanduan jentera berkenaan apabila mengambil…