F1: Mercedes-AMG W13 kini kembali guna tema Silver Arrow

oleh Mohamad Hanif|
Juara kategori pengeluar sebanyak lapan kali, pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 kini sudah rasmi memperlihatkan jentera W13 yang bakal memberikan cabaran sengit dalam merebut kembali kejuaraan kategori pengeluar dan juga pelumba.

Setelah dua musim menggunakan liveri serba hitam, kali ini pasukan Mercedes kembali menggunakan tema Silver Arrow yang disusuli dengan elemen hijau Petronas serta merah Ineos.
 

W13


Menurut Mile Elliot selaku Pengarah Teknikal pasukan tersebut menjelaskan, "perubahan dari segi casis sememangnya besar. Kami tidak pernah melihat perubahan sebesar itu sepanjang karier saya... jentera itu secara asasnya memiliki bentuk yang amat berbeza."

Jentera W13 juga akan turut menampilkan unit pacuan kuasa terbaharu yang dihasilkan oleh pasukan Mercedes-AMG High Performance Powertrains (HPP).
 

AMG


Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton bakal menggalas tugas untuk merampas kembali kedudukan teratas di dalam kategori pemandu setelah gagal berbuat demikian pada tahun lalu.

Beliau akan dibantu oleh George Russel yang berhijrah daripada pasukan Williams.

Russel sebelum ini pernah mempamerkan prestasi yang impresif di Bahrain 2020 biarpun bertindak sebagai pengganti kepada Lewis Hamilton yang tidak dapat beraksi akibat COVID-19.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Menurut laporan, langkah yang dibuat pasukan Ferrari itu bagi mengembalikan semula status mereka…
Berita Domestik
Bertemakan ‘Success on the Fast Lane’, acara itu sebahagian daripada usaha PETRONAS Lubricants…
Sukan Bermotor
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dalam satu kenyataan menjelaskan, "Mick merupakan seorang…