F1: Max Verstappen juara GP Arab Saudi

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: CNN
JUARA dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen dari Belanda kembali mempamerkan mentaliti juara apabila menguasai perlumbaan Grand Prix (GP) Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche pada Isnin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelumba Red Bull itu yang sebelum ini dikecewakan dengan aksi cukup memilukan di GP Bahrain Ahad lalu selepas jenteranya mengalami masalah mekanikal pada empat pusingan terakhir kembali padu untuk kemenangan ke-21 dalam kariernya pada perlumbaan tersebut.

Pacuan konsisten jentera RB18 kali ini membolehkan Verstappen mengakhiri perlumbaan dengan catatan satu jam 24 minit 19.293 saat sambil diekori rapat pelumba sensasi Ferrari dari Monaco, Charles Leclerc (0.549 saat) kedua.

Rakan sepasukan Leclerc, Carlos Sainz (8.097 saat) melengkapkan kedudukan podium tiga terbaik perlumbaan kedua sukan permotoran berprestij dunia tersebut.

Sementara itu, rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez (8.097s) dari Sepanyol menduduki tempat keempat manakala pemandu Mercedes, George Russell (32.732s) kelima selepas bergelut di hadapan Esteban Ocon dari Alpine, yang mengenepikan pemandu McLaren, Lando Norris ke tempat keenam dengan hanya 0.1 saat.

Dalam pada itu, pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, pemenang perlumbaan sulung tahun lalu, bangkit untuk meraih mata terakhir di tempat ke-10 selepas bermula di tempat ke-15.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran, Honda telah memberikan juara dunia Max Verstappen…
Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…
Berita Global
"Saya amat terkejut apabila mendengar berita (serangan) tersebut. "Amat mengerikan untuk melihat…