F1 Hungary - Ocon dari pasukan Alpine capai kemenangan pertama

oleh SALINA JALIL|
Pelumba pasukan Alpine, Esteban Ocon berusia 24 tahun melakukan kejutan apabila menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Hungary sebentar tadi meskipun saingan itu dihentikan akibat kemalangan tragis sejurus pusingan pertama.


Kemalangan tersebut membuka peluang pemandu Mercedes, Lewis Hamilton untuk menjuarai saingan tersebut namun kesilapan strategi tayar memberi masalah hingga menyebabkan Hamilton mengakhiri perlumbaan kedudukan podium ketiga.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Bagaimanapun, kesilapan pasukan Mercedes itu digunakan sebaik mungkin oleh Ocon untuk menguasai sepanjang perlumbaan sekali gus menjulang kemenangan pertamanya dalam karier F1 dan juga Alpine.

 

Pemandu Aston Martin, Sebastian Vettel menaiki podium tempat kedua manakala Carloz Sainz Jr (Ferrari) mengakhiri saingan tempat keempat.

 

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan tahniah juga kepada Fernando Alonso. Saya rasa kemenangan in juga berkat daripada dia. Kemenangan ini adalah kerja berpasukan dan hari yang hebat bagi saya,” katanya.

 

Hasil keputusan tersebut, Hamilton kembali memimpin perlumbaan F1 dengan 192 mata dan meninggalkan Verstappen di tangga kedua dengan perbezaan enam mata selepas pemandu Red Bull tersebut sekadar mengakhiri perlumbaan tempat ke-10.

 

bottas

 

Pada saingan tersebut, sekurang-kurang empat pelumba terkeluar selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh pertama akibat keadaan Litar Hungaroring basah akibat hujan.

 

Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas dikatakan menjadi punca utama insiden kemalangan itu apabila gagal mengawal jentera dengan baik sebelum melanggar jentera Lance Stroll (Aston Martin).

 

Akibat kemalangan tersebut, pemandu Red Bull, Sergio Perez, Charles Leclerc (Ferrari), Bottas serta Stroll (Aston Martin) masing-masing gagal meneruskan perlumbaan apabila jentera mereka mengalami kerosakan cukup teruk. 

 

 

 

F1News

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…