F1 GP Austria: Tiada paksaan untuk melutut - Lewis Hamilton

oleh SALINA JALIL|
Lewis Hamilton menegaskan dia tidak akan memaksa pelumba Formula Satu (F1) lain berlutut selepas enam pemandu enggan melakukannya sebelum perlumbaan Grand Prix Austria pada hari Ahad lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Selain Hamilton, semua pemandu memakai kemeja-T bertulis "End Racism (akhiri perkauman) dan berkumpul di hadapan petak mula, manakala pemandu British itu memakai baju dengan tulisan "Black Lives Matter'.

 

 

Hamilton, satu-satu pemandu F1 kulit hitam, kemudian berlutut, diikuti pemandu lain kecuali Charles Leclerc, Max Verstappen, Kimi Raikkonen, Carlos Sainz, Daniil Kvyat dan Antonio Giovinazzi.

 

Namun Hamilton tetap memuji pesaing-pesaingnya itu kerana menyokong kempen anti perkauman dan menerangkan mengapa dia tidak memaksa mereka melakukan perkara yang mereka rasakan tidak selesa melakukannya.

 

"Tidak ada sesiapa boleh dipaksa untuk berada dalam keadaan mereka terpaksa berlutut.

 

"Saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk berlutut. Saya tidak menimbulkan soal itu. Ia ditimbulkan oleh F1 dan GDPA (Persatuan Pemandu Grand Prix).

 

"Sebastian Vettel dan Romain Grosjean bertanya kepada pelumba-pelumba dan ada beberapa orang mengatakan yang mereka tidak akan melakukannya.

 

"Saya berterima kasih kepada mereka yang melakukannya bersama-sama saya. Ia mesej yang bermakna tetapi sama ada anda melutut atau tidak, ia tidak akan mengubah dunia. Ada isu lain yang lebih besar," kata Hamilton, 35.

 

 

 

sumber: CNN

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…