Pelumba muda itu bakal menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Valtteri Bottas yang kini menuju ke pasukan Alfa Romeo untuk musim hadapan.
George Russel, 23 membuat kemunculan kali pertama menerusi pasukan Williams pada tahun 2019, namun beliau berjaya menunjukkan bakat beliau ketika menggantikan peranan Lewis Hamilton pada tahun lalu.
Pelumba British itu turut berjaya meraih podium di Belgium bulan lalu, ketika beliau mendapat gelaran 'Mr. Saturday' disebabkan prestasi dalam pusingan kelayakan yang impresif.
Sumber: F1