F1: Ford dilapor berminat taja pasukan Red Bull

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Michael Hodgson/Behance
Dengan pelaksanaan peraturan baharu bermula musim 2026, sukan Formula One telah berjaya menarik minat beberapa pengeluar automotif, antaranya Porsche, Audi dan yang terbaharu - Ford.

Memetik laporan Autosports, Ford dikatakan berminat untuk menaja pasukan Red Bull F1 setelah perbincangan pasukan itu dengan Porsche tidak menjadi kenyataan.

Ia turut disumbangkan dengan populariti F1 yang kian meningkat sejak kehadiran siri dokumentari Netflix Drive to Survive, dan kemunculan semula perlumbaan tersebut di litar-litar sekitar Amerika Syarikat.

Kali terakhir Ford terlibat dalam sukan F1 adalah pada tahun 2004 menerusi pasukan Jaguar F1 sebelum pasukan itu dijual kepada Red Bull dan menjadi salah satu nama yang paling berjaya dalam era F1 moden.

Selain daripada F1, Red Bull dan Ford turut bekerjasama di dalam World Rally Championship (WRC).

Sumber: Autosports

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kini, unit pertama untuk pasaran Malaysia sudah pun mendarat dan boleh dilihat dengan lebih dekat…
Sukan Bermotor
Kokpit bagi simulator perlumbaan itu dihasilkan dengan replika jentera RB18 lengkap bersama sayap…
Berita Global
  DBX707 ditugaskan untuk membawa kaki tangan perubatan ke lokasi insiden yang dilaksanakan oleh…