Kokpit bagi simulator perlumbaan itu dihasilkan dengan replika jentera RB18 lengkap bersama sayap hadapan yang digunakan oleh pasukan Red Bull Racing semasa musim perlumbaan tahun 2022.

Simulator perlumbaan itu akan ditawarkan dengan dua edisi istimewa iaitu The Champions Edition dan The Race Edition dimana ianya ditawarkan bersama pilihan liveri Max Verstappen atau Sergio Perez.
Simulator perlumbaan itu ditawarkan dengan harga bermula dari USD90,000 (RM405,360) untuk The Race Edition dimana ia hanya datang bersama pelantar tanpa sayap hadapan.

Manakala The Champions Edition ditawarkan dengan harga USD120,000 (RM536,610), bagi anda yang mempunyai duit simpanan lebihan, simulator perlumbaan tersebut boleh dibeli secara rasmi di laman sesawang F1 Authentics.
Sumber: F1