F1 berhenti guna gadis litar sebagai 'pelaris'?

oleh Afandi Che Muhamad|
Selamat tinggal gadis litar!

Mungkin itu ucapan terbaik mampu diungkapkan selepas perlumbaan paling berprestij di dunia, Formula Satu (F1) hari ini mengumumkan perkhidmatan mereka (gadis litar) dalam kejuaraan tersebut akan dihentikan kerana sudah tidak relevan.

Memetik laporan The Guardian, pengurusan F1 berpendapat bahawa amalan pengunaan gadis litar sebagai 'pelaris' sebelum ini sudah tidak lagi relevan dan bersesuaian untuk peminat perlumbaan tersebut baik baru atau lama.

Pengarah Urusan Operasi Komersial F1, Sean Bratches berkata, pihaknya merasakan kejuaraan F1 yang bakal berlangsung di Melbourne, Australia Mac depan merupakan masa paling sesuai untuk menghentikan amalan tersebut setelah sekian lama ia dipraktikkan.

Terdahulu, peminat F1 pasti berasa janggal selepas ini apabila tidak dapat melihat kelibat gadis litar yang seksi lalu-lalang di atas trek sambil memegang payung untuk pelumba kesayangan mereka.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan dan laluan litar tersebut merupakan kolaborasi idea bersama pereka litar F1 terkemuka…
Berita Global
Sebaliknya, menurut bekas pemandu Formula One David Coulthard menyifatkan tidak ramai pemegang dana…
Sukan Bermotor
Salah sebuah jiran dalam Asia Tenggara ini dikatakan telah lama berada dalam pemerhatian pemilik F1…