AMR22 akan dipandu oleh Lance Stroll dan Sebastian Vettel untuk tahun kedua khidmat mereka bersama pasukan Aston Martin.

Kali ini, pihak Aston Martin telah mengemaskini layangan liveri jentera AMR22, di mana ia tidak lagi menampilkan elemen merah jambu daripada bekas penaja BWT, sebaliknya menggunakan elemen hijau neon yang jelas menaikkan lagi kehadiran jentera itu di atas litar.
Pengarah Prestasi Aston Martin Tom McCullough berkata, "semua pasukan dan pemandu akan berhadapan dengan set regulasi baharu, jadi keupayaan untuk belajar dan menyesuaikan diri adalah amat penting.

"Undang-undang baharu bermakna semua orang akan bermula dari sekeping kertas yang bersih.
"Jadi, bagaimana cara kita menghadapi cabaran ini akan menjadi satu ujian buat kami sebagai sebuah organisasi," jelasnya lagi.