F1: Aston Martin, Red Bull didapati bersalah langgar peraturan had belanja

oleh Mohamad Hanif|
Dua pasukan Formula One, iatu Aston Martin dan Red Bull didapati bersalah kerana melebihi had kos $145 juta (RM677 juta) yang telah ditetapkan oleh F1 pada musim perlumbaan 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Badan induk sukan permotoran FIA tidak mendedahkan seberapa banyak lebihan kos yang telah dibelanjakan oleh Red Bull, namun menyifatkan kesalahan itu sebagai 'kecil'.

Ini menunjukkan pelanggaran undang-undang tersebut dikategorikan kurang daripada lima peratus atau kira-kira $7.25 juta (RM33.87 juta).

Pasukan yang berjaya meraih kedudukan pengeluar kedua pada musim tahun lalu juga didapati bersalah kerana melakukan kesalahan prosedur, iaitu penyerahan fail dokumen lewat - satu kesalahan yang turut dilakukan oleh pasukan Aston Martin.

Tiada penalti diumumkan buat masa ini, di mana pihak FIA sedang menentukan tindakan yang bersesuaian - mungkin sekali teguran, pemotongan mata kejuaraan pelumba dan/atau pengeluar, penggantungan perlumbaan, mengenakan had pada ujian aerodinamik atau mengurangkan had kos pasukan pada masa depan.

Dalam satu kenyataan balas, pihak Red Bull menjelaskan, "kami percaya jumlah perbelanjaan bagi tahun 2021 adalah di bawah had yang dibenarkan, jadi kami perlu melihat penemuan FIA dengan teliti.

Sumber: Autocar