EZ OKU PARKIN' - sistem perisian parkir mesra golongan kurang upaya

oleh Mohamad Hanif|
Seorang arkitek OKU, Mizral Abdul Manan tampil dengan inisiatif sistem tempat letak mesra OKU yang dinamakan sebagai EZ OKU PARKIN'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Teknologi yang dibangunkan sejak Ogos tahun lalu itu menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) di mana ia mampu mencegah golongan yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan parkir khas OKU.

Menurut Mizral yang merupakan OKU fizikal berkata, "saya sendiri selalu menjadi mangsa terutama ketika ke pusat beli-belah, di mana tempat parkir khas OKU senang-senang dicuri golongan yang sempurna fizikalnya.

"Malah ada yang enggan mengalah dan marah apabila ditegur, menyebabkan saya terpanggil untuk mencipta satu sistem khas bagi kemudahan parkir OKU," katanya kepada Bernama.

Mizral merupakan seorang arkitek syarikat swasta di Ipoh membangunkan sistem ini dengan bantuan dua rakannya, Shaharom Yeop Alip, 65, dan Hilmi Ibrahim, 60 di mana mereka melakukan penyelidikan dan pembangunkan (R&D) sejak Mac 2020.
 

OKU


Sistem EZ OKU PARKIN' terdiri daripada kad Near Field Communication (NFC) yang bertindak sebagai dokumen identiti elektronik, dan pelekat RFID yang dipasang pada permukaan cermin hadapan.

Sementara alat antena pula akan dipasang pada petak parkir OKU, supaya alat pengimbas RFID dapat memancarkan gelombang radio frekuensi tertentu melalui antena.

"Sekiranya pemandu tanpa kad meletakkan kenderaannya, dalam tempoh tiga minit sistem penggera akan berbunyi dengan kuat dan mengambil gambar kenderaan tersebut secara automatik bagi membolehkan pihak yang berkenaan mengambil tindakan lanjut.

Menurut Mizral, kesemua komponen dalam sistem ini menggunakan apa yang mudah diperoleh di pasaran seperti sistem RFID, kamera mini, bateri, panel solar, cip, komputer dan kad memori.

Malah, sistem ini sudah pun dibentangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 4 Ogos lepas untuk kelulusan bagi diguna pakai di semua petak parkir khas OKU yang ada di negara ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar kad EZ OKU PARKIN' ini diberikan secara percuma kepada warga OKU yang berdaftar di bawah JKM.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Parkit merupakan satu aplikasi pintar yang membantu pemandu untuk mencari parkir kosong yang…
Berita Domestik
  "Pembayaran parkir di semua kawasan PBT di negeri ini akan dilaksanakan secara digital…
Berita Domestik
Ini kerana Sunway Pyramid kini sedang menjalankan ujian naik taraf sistem di mana tiada lagi tiket…