Evoque baharu kekalkan tradisi

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Land Rover melancarkan Evoque generasi pertama pada tahun 2010 dan sehingga bulan lalu, ia telah menjual lebih dari 772,000 unit SUV kompak mewah itu.

Kelmarin, Jaguar Land Rover (JPR) telah melancarkan Evoque generasi kedua yang jika dilihat sekali imbas, sangat mirip dengan yang lama.

Mungkin syarikat milik Tata India itu takut untuk mengubah formula rekabentuk Evoque yang sudah terbukti berjaya dan mengambil keputusan untuk menghalusi ciri-ciri yang telah sedia ada.

 

 

Namun begitu, JLR berkata walaupun bentuknya hampir sama, cuma engsel pintu sahaja yng dikongsikan antara generasi pertama dan kedua itu.

Yang lain, termasuk platform dan kerangka, terpaksa diubah kerana Evoque kali ini lebih hijau.

Hijau bukan kerana ia masuk parti PAS tetapi hijau kerana Evoque generasi kedua ini datang dengan pacuan MHEV - Mild Hybrid Electric Vehicle di mana gabungan enjin petrol empat silinder dengan tenaga bateri hybrid mampu menghasilkan 296 hp dan 400 Nm.

 

 

Untuk memastikan bateri sentiasa tercaj, Evoque MHEV dilengkapi dengan generator atau motor penghidup dengan tali sawat yang akan mengecaj bateri bila kereta diperlahankan (deceleration).

Selain dari itu, platform baharu ini juga mempunyai jarak roda lebih panjang, memberikan 0.8 inci lebih ruang untuk kawasan lutut penumpang belakang.

Untuk yang mahukan enjin konvensional, anda boleh meililih enjin petrol 2.0L 4-silinder dengan 246 hp dan 365 Nm.

Kedua-dua varian datang dengan transmisi 9-kelajuan automatik dan Terrain Response dengan enam mod pemanduan.

 

 

Kempen hijau Evoque tidak berakhir pada sistem pacuan hybrid itu sahaja. Bahagian kabin Evoque mempunyai pilihan panel dari kayu camouran Kvadrat, atau Ultrafabrics yang dibuat dari kombinasi plastik kitar semula.

Menurut JLR, setiap Evoque baharu ini mempunyai sehingga 33 kg bahan semulajadi dan kitar semula.

Ruang dalam kekal premium dan skrin sesentuh lebih lebar dipasang pada tengah papan pemuka. Stereng juga kekal dengan identiti lama, cuma butangnya nampak lebih prominen.

Kepada mereka yang sukakan gadget berteknologi tinggi, Evoque baharu mempunyai dua jenis kamera yang kami kira sangat cool.

 

 

Land Rover ClearSight Ground View

  • Kamera yang dipasang di bawah dan sisi hadapan Evoque ini memberikan anda gambaran apa yang berada di kiri, kanan, hadapan dan di bawah ruang enjin Evoque itu.
  • Ia umpama bahagian enjin terus hilang. 
  • Sebenarnya, fungsi ini sangat sesuai untuk pemanduan offroad kerana kita tahu apa yang berada di permukaan tanah di hadapan. 
  • Di atas jalanraya, mungkin anda boleh parking dengan baik, atau mungkin anda akan ternampak duit siling di atas jalan ketika parkir.

 

 

Land Rover ClearSight Rear View Mirror

  • Antara komen paling popular ialah cermin belakang Evoque pertama yang kecil dan mudah untuk dihalang jika barang di dalam ruang belakang banyak.
  • Evoque generasi kedua nampaknya mengekalkan konsep yang sama kerana JLR tidak mahu mengubah ciri-ciri Evoque.
  • Jadi apa yang mereka lakukan untuk mengatasi masalah itu ialah dengan memasang kamera di belakang dan cermin pandang belakang diubah terus menjadi sebuah skrin.
  • Terus lenyap barang-barang di dalam ruang simpanan!

 

 

Evoque terbaharu hanya hadir dalam bentuk 5-pintu kerana varian 3-pintu tidak begitu popular.

Ia sepatutnya akan hadir ke Malaysia tahun hadapan kerana pasaran Evoque juga popular di sini, walaupun ada yang hanya mampu membeli unit import terpakai (reconditioned).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…