Evolution - Ini bukan sebuah Dodge Charger!

oleh Mohamad Hanif|
Rupa boleh menipu seseorang, begitu juga dengan penampilan kereta 'Dodge Charger' tahun 1970 yang nampak jahat dan menyerupai kenderaan rasmi seorang pelakon Fast and Furious hasil talaan dari Speedkore ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Sekali imbas, anda mungkin menyangkakan ia memang berasal dari model yang disebutkan, oleh kerana rupa luarannya yang begitu serupa dan hanya sekadar menerima ubahsuai kosmetik semata-mata. 

Sangkaan anda sebenarnya salah kerana 'Dodge Charger' yang dinamakan Evolution ini berasal daripada casis kustom yang merangkumi rangka tetangga keluli dan floor pan daripada aluminium. 
 


Manakala segala kerja-kerja luaran adalah hasil daripada penggunaan bahan gentian karbon dan billet aluminium, sebelum diperkukuhkan dengan penggunaan sangkar keselamatan di bahagian dalam. 
 


Nadi enjin pula diambil daripada Dodge Challenger Demon, iaitu enjin Mopar bentangan V8 6.2 liter dengan pengecas lampau sebelum menerima modifikasi terhadap sistem suntikan bahan api, pulley, sistem pelinciran dry-sump, sistem kemasukan intake kustom, dan manifold ekzos, kesemuanya direka oleh Speedkore. 

 


Dengan modifikasi tersebut, Evolution ini mampu menghasikan kuasa setinggi 966 kuasa kuda sebelum disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual Tremec T-56 dengan enam nisbah kelajuan.
 


Dengan kuasa setinggi itu dan berat bersih sekitar 1,451 kg sahaja, anda boleh bayangkan bagaimana gilanya kereta ini beraksi ketika di garis permulaan sebelum ia dihentikan sepenuhnya menggunakan sistem brek Brembo (6 piston di hadapan, 4 piston di belakang). 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin yang ditawarkan untuk pelbagai varian Charger dan Challenger menghasilkan sehingga 807…
Berita Global
Ini bermakna, pelanggan Dodge tidak lagi boleh mendapatkan Dodge Charger dan Challenger baharu…
Berita Global
Ia bermakna, unit-unit terakhir Dodge Charger dan Challenger tidak lagi akan keluar daripada…