Menariknya, Volvo Car Malaysia dilaporkan akan membawa masuk kedua-dua buah model EV tersebut (XC40 Recharge dan C40 Recharge) pada tahun ini berdasarkan laporan daripada rakan media Paultan yang memetik hantaran dari FB Group Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC) (yang kemudian telah dipadamkan).
Baca: Volvo XC40 Recharge
Tidak seperti XC40 yang masih lagi boleh didapati dalam versi enjin pembakaran dalaman, Volvo C40 Recharge hanya boleh didapati dalam versi elektrik sepenuh masa.

Unit trenkuasa elektrik pada Volvo C40 Recharge terdiri daripada motor elektrik berkembar dengan kuasa setinggi 402 hp dan 660 Nm, serta pek bateri berkapasiti 78 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 420 km.
Baca: Volvo C40 Recharge
Dalam pada itu, Volvo Car Malaysia menerusi Pengarah Urusan baharunya, Charles Frump bakal membentangkan perancangan menarik mereka untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.
Sumber: Paultan