Bermula 2025, kenderaan Volvo akan dilengkapi port pengecasan North American Charging Standard (NACS).
Ini bermakna kenderaan Volvo boleh menggunakan 12,000 pengecas Supercharger Tesla di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.
Pemilik model elektrik seperti XC40, C40 Recharge, EX30 dan EX30 boleh mencari lokasi pengecasan menggunakan aplikasi Volvo Cars.
Kenderaan Volvo yang tidak dilengkapi port NACS boleh menggunakan penyesuai (adapter) bermula dari setengah tahun pertama 2024.
Pemilik kenderaan Volvo yang dilengkapi port NACS dan mahu terus menggunakan pengecas Combined Charging System (CCS) pula disediakan penyesuai oleh Volvo Cars.
Senang bukan? Melalui aplikasi Volvo Cars, pemilik kenderaan Volvo di Amerika Syarikat dan Kanada menikmati pelbagai kemudahan.
Selain lokasi pengecasan, mereka juga boleh mencari pengecas yang tersedia dalam masa nyata (real time) dan membuat bayaran melalui satu antara muka.
Isu kepelbagaian port pengecas memang menarik dan sebagai penyedap hati, EV pasaran AS mustahil dibawa masuk ke pasaran tempatan.
Cumanya, EV untuk pasaran Jepun ada dibawa ke negara kita. Apa pun, kenal pasti dahulu jenis port pengecas sebelum membeli EV.
Penulis: Muhammad Md Tajudin