EV swapandu - Apple, Hyundai bakal bentuk kerjasama Mac ini!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Motor dan Apple Inc merancang untuk memeterasi perjanjian kerjasama membangunkan kenderaan elektrik swapandu pada Mac ini.

Fasa produksi bagi model EV baharu ini akan bermula sekitar 2024 bertempat di kilang Kia di Georgia, Amerika Syarikat, dengan kapasiti tahunan mencecah 400,000 unit menurut laporan Reuters yang memetik akhbar Korea IT News.

Laporan tersebut merupakan susulan daripada kenyataan daripada Hyundai Motor pada Jumaat lalu yang menyebut mereka sedang di dalam perbincangan awal dengan syarikat gergasi teknologi Apple untuk melancarkan EV dengan teknologi swapandu.

Ini menyebabkan pegangan saham Hyundai melonjak menghampiri 20 peratus.

Namun begitu, berdasarkan semakan terhadap laman tersebut mendapati mereka  telah membuang butiran perjanjian tersebut seperti lokasi produksi, kapasiti serta garis masa perjanjian yang bakal ditandatangani itu.

Hyundai Motor pada ketika ini menolak untuk memberikan komen berhubung laporan tersebut, begitu juga dengan Apple.

Laporan yang sama juga turut menyebut Hyundai dan Apple sedang merancang untuk melancarkan versi beta bagi kereta Apple pada tahun hadapan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Informasi
Ini kerana, kebanyakan peranti iPhone yang terkini dilengkapi dengan sistem penstabilan imej…
Berita Global
Satu laporan terkini daripada MacRumours menyebut syarikat itu dikatakan telah membeli tapak litar…
Berita Global
Menurut laporan daripada DigiTimes, syarikat teknologi gergasi itu sedang melakukan perbincangan…