EV SUV Coupe BYD Sealion 7 kini dibuka untuk tempahan

oleh Firdaus Razani|
BYD Malaysia melalui laman media sosial Instagramnya, telah mengumumkan tempahan awal model terbaharu mereka, BYD Sealion 7 bagi pasaran tempatan kini dibuka.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

BYD Sealion 7 merupakan sebuah model elektrik penuh dengan reka bentuk SUV yang menampilkan reka bentuk crossover sedan coupe dan SUV.

Ia menampilkan ukuran kenderaan sepanjang 4830mm, 1925 lebar, 1620mm tinggi dan ukuran jarak antara roda sepanjang 2930mm.

 

byd

 

Bagi pasaran luar yang telah dipasarkan, BYD Sealion 7 hadir dengan beberapa pilihan varian yang masing-masingnya mempunyai kuasa prestasi yang berbeza, iaitu 228 hp, 308 hp dan 523 hp.

Tawaran varian berbeza spesifikasi prestasi serupa seakan model sedan BYD Seal yang menawarkan varian Premium, Extended Range dan Performance.

 

byd

 

Berdasarkan pasaran di Eropah, Sealion 7 menampilkan dengan dua kapasiti bateri lithium iron phosphate (LFP) berbeza, iaitu 91.3kWj yang dikatakan mampu memberi jarak gerak sehingga 550km mengikut kitaran WLTP.

Manakala, satu lagi unit bateri mempunyai kapasiti 82.5kWj yang menyokong sistem pengecasan DC 230kW dan memberi tempoh pengecasan 30-80% hanya dalam 25 minit.

Perkara mengenai spesifikasi Sealion 7 bagi pasaran Malaysia tidak didedahkan lagi buat ketika ini.