EV pertama Sono Motors guna lumut sebagai pengimbang suhu kabin

oleh Mohamad Hanif|
Penyedia perkhidmatan mobiliti dari Jerman, Sono Motors dikatakan bakal memproduksikan kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan oleh tenaga solar, digelar sebagai Sion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, ia tidaklah membawakan rekaan yang futuristik seperti mana EV dari tanah besar China, nampak seperti kereta biasa dengan enjin pembakaran dalaman. 

Sion mengintegrasikan panel solar pada bahagian luaran yang rata dan dengan pek bateri berkapasiti 35 kWh ia mampu menawarkan jarak operasi sejauh 255 km. 

Manakala panel solar pula mampu memberikan tambahan jarak sejauh 30 km sekiranya diparkir seharian di bawah sinaran mentari.
 


Kabin EV Sion pula menampilkan sistem infotainmen bersaiz 10 inci di bahagian tengah, di mana pemandu boleh mengakses data pemanduan dan dibantu dengan skrin kluster meter bersaiz tujuh inci di sebalik stereng. 

Apa yang membuatkan kabin Sion lebih unik adalah kehadiran seksyen pada papan pemuka yang dipenuhi dengan lautan lumut.

Menurut kata Sono Motors, kehadiran lumut ini adalah untuk memberikan iklim kabin yang lebih selesa, selain bertindak sebagai penapis udara dan juga mengawal tahap kelembapan di dalam kabin. 

Manakala bahagian perumah tanaman lumut ini boleh diterangi menggunakan sistem lampu belakang. 
 


Sono Motors mensasarkan penjualan Sion bermula pada separuh kedua tahun hadapan dengan harga jualan dari €16,000 (RM73,859).