EV pertama Lexus - hatchback urban dari konsep LF-SA

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang acara besar Tokyo Motor Show tahun ini, Toyota dan jenama mewahnya Lexus bersiap sedia untuk mempamerkan beberapa buah model EV yang bakal diproduksikan tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan dari Autocar, Lexus akan mengambil kesempatan untuk membawakan sebuah konsep hatchback berkuasa elektrik yang diambil inspirasinya daripada konsep LF-SA yang diperkenalkan empat tahun yang lalu. 

Tambah laporan itu lagi, reka bentuk model konsep itu lebih dekat dengan model produksi dan dikhabarkan lebih futuristik berbanding model-model Lexus yang sedia ada. 
 


Apa yang pasti, menurut ketua unit rekaan Lexus, Koichi Suga menjelaskan, model konsep ini tidak akan membuang reka bentuk spindle grille yang telah menjadi sebahagian daripada identiti Lexus. 

"Ia merupakan personaliti, muka hadapan kepada sesebuah kereta, jadi ia amat penting kepada identiti jenama Lexus. 

"Untuk model konsep ini, kami mengubah sedikit rekaannya untuk kegunaan EV, supaya para pelanggan mampu mengagak sesuatu yang lebih futuristik dan tidak tradisional hadir dari kami," tambah beliau lagi.
 


Lexus juga kini sedang merancang untuk memperkenalkan alternatif kepada enjin petrol, termasuklah plug-in hybrid dan sel bahan api hibrid.

"Teknologi hibrid merupakan tunjang utama kami, dengan kepakaran di dalam teknologi kawalan elektrik dan bateri boleh digunakan untuk trenkuasa alternatif yang lain, termasuklah sel bahan api.

Namun, ia masih belum boleh diperluaskan lagi penggunaannya lantaran keterdapatan infrastruktur yang masih lagi terhad.
 


Selain daripada itu, naib presiden Lexus Koji Sato sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak merancang untuk menghasilkan pengganti Lexus LFA yang diproduksikan pada tahun 2010 itu. 

"Saya sukakan Lexus LFA, akan tetapi kami perlukan bantuan (dari pihak media). Kami perlukan permintaan yang kuat untuk sebuah LFA baharu dari media, dan ia bakal membantu kami untuk meneruskan projek LFA baharu," ujar Sato.

Berita Berkenaan

Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…
Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…