EV pertama Lamborghini muncul tahun 2028, bentuk badan GT 2+2

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Lamborghini telah mengumumkan mereka akan hadir dengan sebuah produk berkuasa elektrik.

Banyak pihak membuat spekulasi ia bakal mengambil bentuk sebuah crossover (lebih tepat lagi Urus EV) berdasarkan kepada bayangan di mana EV tersebut bakal memiliki jarak lega bumi yang lebih tinggi untuk kegunaan seharian.

Sayang sekali, jangkaan tersebut salah berdasarkan temubual yang dijalankan oleh laman Motor1 bersama Presiden dan CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann baru-baru ini.

Menurut Winkelmann, "Ia akan muncul dalam bentuk badan serba baharu, sebab apa yang 'hilang' daripada barisan produk kami ialah sebuah GT (grand tourer) 2+2.

"Saya fikir ia akan menjadi satu penambahan yang bagus kepada barisan dua supercar dan SUV sedia ada kami.

Difahamkan, EV pertama Lamborghini ini akan muncul pada tahun 2028 dan mungkin membawakan teknologi motor elektrik axial-flux yang lebih canggih seperti yang terdapat pada model Revuelto, Ferrari SF90 dan juga McLaren Artura.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Negara gajah putih itu ialah pusat pengeksport kenderaan dan juga komponen automotif yang terbesar…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
Model ini juga turut dijenamakan semula sebagai Opel Rocks Electric, dan terbaharu oleh Fiat,…