EV: Pengusaha bengkel bakal gulung tikar?

oleh Mohamad Hanif|
Ramai pengusaha bengkel kenderaan bermotor di republik Singapura menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan perniagaan mereka termasuk kemungkinan terpaksa gulung tikar ketika Singapura membuat persiapan untuk beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seorang pengusaha bengkel membaik pulih kenderaan di AutoCity di Sin Ming, Khor Joo Heng berkata, operasi perniagaannya akan terjejas sehingga ditutup sepenuhnya sekiranya ia dilaksanakan.

Pengusaha bengkel berusia 60 tahun itu diminta mengulas mengenai langkah akan diambil sekiranya Singapura mencapai matlamat untuk menghapuskan kenderaan berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE) secara berperingkat menjelang 2040.

Joo Heng merupakan antara pemilik bengkel motor tradisional yang menyuarakan kebimbangan operasi perniagaan berkemungkinan ditutup sekiranya EV digunakan sepenuhnya.  

Pemilik bengkel berkata, situasi demikian bakal berlaku dengan mengaitkan beberapa faktor seperti usia dan kekurangan perniagaan yang berpotensi melumpuhkannya.
 

EV


Malah, mereka turut menegaskan EV baharu akan disertakan dengan tempoh jaminan dilanjutkan, iaitu lebih lama berbanding kenderaan ICE, yang hanya boleh diselenggara di bengkel tertentu sekaligus menjejaskan kehadiran pelanggan ke premis.

Tanpa kewujudan pengganti untuk memasuki pasaran yang semakin khusus dan mahal, pemilik bengkel berkata, mereka hanya menunggu masa sebelum bersara.

Dalam pada itu, pemilik bengkel BKS Automotive, Khor berkata, pelanggannya semakin berkurangan memandangkan ramai sudah bertukar kepada EV.

“Semua EV datang dengan waranti lapan hingga 10 tahun, jadi pelanggan tidak akan menghantar kenderaan mereka untuk diservis di bengkel biasa,” katanya.

 

TUTUP OPERASI

EV


Menurut Presiden Persatuan Bengkel Permotoran Singapura (SMWA), Mike Keh, kira-kira 50 hingga 60 peratus daripada 2,000 ahli persatuan menyatakan operasi perniagaan mereka bakal ditutup sebaik sahaja EV dilancarkan sepenuhnya.

“Sama ada mereka menutup atau mempelbagaikan perniagaan,” katanya.

Jelas Mike, perkara itu termasuk beralih kepada penyelenggaraan EV atau bidang lain.

“Pada masa ini, kebanyakan bengkel dikendalikan oleh pemilik generasi pertama. Mereka sudah berusia dan tiada generasi kedua untuk mengambil alih.

“Jadi, mereka tiada pilihan lain dan terpaksa menutup perniagaan,” katanya.

Kebanyakan bengkel kenderaan bermotor tradisional mengkhususkan diri dalam perkhidmatan servis kenderaan ICE, yang memerlukan beberapa tugas penyelenggaraan pada pelbagai peringkat umur dalam hidup mereka.

Sebaliknya, EV pula tidak memerlukan penyelenggaraan yang banyak kerana kenderaan itu tidak mempunyai enjin dan mempunyai bahagian bergerak yang kurang.

“Bagi kenderaan ICE anda perlu menukar minyak enjin dan bahan kecil lain, kebanyakannya pada bahagian mekanikal dalam enjin.

“Sedangkan untuk EV, tiada apa yang boleh anda lakukan selain memeriksa keadaan bateri dan fungsinya,” katanya.

 

EV SEMAKIN MENINGKAT

EV


Pelan untuk menghentikan kenderaan ICE secara berperingkat diumumkan semasa Belanjawan 2020 apabila Heng Swee Keat yang merupakan Menteri Kewangan pada ketika itu memaklumkan semua kenderaan perlu menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2040 dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) menerusi laman sesawang memaklumkan kerajaan melancarkan Pelan Hijau Singapura 2030 pada Februari tahun lalu yang bertujuan mencapai matlamat pelepasan sifar bersih secepat mungkin.

Jelas LTA, ia termasuk dorongan bagi menambah jumlah kenderaan EV dan sokongan kempen untuk meningkatkan kesedaran mengenainya.

Menjelang akhir tahun lalu, jumlah kenderaan EV meningkat dua kali ganda apabila pihak berkuasa menyumbang kira-kira 30 juta dolar Singapura dalam bentuk rebat di bawah Insentif Penerimaan Awal Kenderaan Elektrik yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Sebanyak 3,713 unit EV direkodkan pada 2021, meningkat berbanding 1,397 unit tahun sebelumnya.

Pada Mac lalu, kerajaan memaklumkan akan meneruskan sasaran untuk menjadikan setiap bandar di Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mempunyai EV dari 2030 hingga 2025.

Malah, pengecasan EV akan dipasang di hampir 2,000 tempat letak kenderaan di HDB dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pada Mei lalu, pihak berkuasa memperkenalkan langkah untuk menjadikan EV lebih mampu milik dengan membenarkan lebih banyak model kenderaan elektrik di pasaran besar bagi melayakkan ke Sijil Kelayakan kenderaan lebih kecil. 

Sumber: AGENSI via Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kejadian mengakibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah…
Informasi
  Katanya, beliau tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang…
Berita Domestik
  Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, pemilik bengkel itu…