EV Nissan dengan bateri jenis pejal muncul 2028 - kos lebih murah, jarak gerak lebih jauh

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Teknologi bateri sedia ada mungkin sekali membataskan niat sesetengah pihak untuk beralih kepada kenderaan elektrik bagi menggantikan enjin pembakaran dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat beberapa syarikat sudah pun mula menjalankan kajian untuk membangunkan teknologi bateri yang jauh lebih maju, seperti Nissan yang mahu menghasilkan bateri keadaan pejal (solid-state battery).

Menurut laporan Autocar, Nissan mahu memulakan produksi EV dengan bateri solid-state pada tahun 2028.

Naib presiden kanan kumpulan penyelidikan dan pembangunan Nissan Eropah, David Moss berkata, "(dengan bateri jenis pejal), kami mahu menurunkan kos sehingga 50 peratus, menggandakan tahap ketumpatan tenaga dan menawarkan kelajuan pengecasan tiga kali ganda lebih pantas.
 

bateri


Bermula dari bateri bersaiz butang, Nissan kini berada di tahap seterusnya di mana mereka berjaya menghasilkan sel bateri berbentuk segi empat bersaiz 10 cm.

Saiz akhir sel bateri itu dijangka akan menyamai dimensi sebuah laptop.

Jelasnya lagi, bateri baharu itu telah mengenepikan keperluan untuk menggunakan elemen cecair elektrolit, sesuatu yang sukar dicapai oleh kebanyakan sel bateri jenis pejal.

"Sesetengah bateri jenis pejal masih lagi mempunyai cecair elektrolit, dan ia mampu mendatangkan masalah apabila cecair itu memanas. Tahap kecekapan penyimpanan dan peralihan tenaga, serta pengecasan akan terjejas.
 

nissan
pek bateri Nissan LEAF


Buat masa ini Nissan tidak mendedahkan butiran terperinci berkenaan model EV yang mana bakal menerima teknologi baharu ini.

Namun, Moss mencadangkan bateri baharu ini bakal hadir dengan dua kapasiti yang berbeza, serta menyokong pengecasan pantas sehingga 400 kW.

Tidak mengenepikan teknologi bateri lithium-ion sedia ada, Nissan bakal melancarkan bateri generasi baharu dalam masa beberapa tahun akan datang, sebelum memperkenalkan bateri lithium-ion yang tidak menggunakan unsur kobalt pada tahun 2028.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…