EV Mazda MX-30 bakal masuk Malaysia - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Segmen kenderaan elektrik yang masih lagi kecil pada ketika ini bakal menerima kehadiran model baharu - kali ini dari Mazda.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut laporan daripada Maybank Investment Bank (melalui Paultan), pengedar rasmi Mazda, Bermaz merancang untuk membawa masuk model EV Mazda MX-30, namun ia bergantung kepada kepada kelulusan dan juga pembentangan Rancangan Malaysia ke-12.

Dalam laporan itu lagi, Bermaz turut bakal menawarkan pelan berasaskan langganan untuk barisan model EV yang bakal dijual kelak, di mana syarikat itu telah pun mengenalpasti beberapa penyedia fasiliti pengecasan untuk menjalankan kolaborasi pada masa akan datang.
 

mx30


Diperkenalkan pada Tokyo Motor Show 2019, Mazda MX-30 merupakan sebuah crossover coupe berkuasa elektrik dengan motor elektrik tunggal (142 hp/263 Nm) dan pek bateri 35.5 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 200 km.

MX-30 mampu menyokong pengecasan AC 6.6 kW atau pengecasan pantas DC 50 kW. MX-30 versi mild-hybrid pula didatangkan dengan enjin e-Skyactiv G 2.0 liter dibantu dengan sistem M Hybrid 24 voltan, dan angka output keseluruhan 155 PS dan 200 Nm.

Malah, Mazda turut merancang untuk memperkenalkan versi range-extender yang menampilkan penggunaan enjin rotari sebagai unit penambah jarak, namun perancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu.
 

MX20


Dalam artikel terdahulu, Bermaz dilaporkan merancang untuk membawa masuk model MX-30 dengan jangkaan pada suku keempat tahun 2020, namun perancangan tersebut tidak berlaku mungkin disebabkan oleh pandemik.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Abarth Alfa Romeo Chrysler Citroën Dodge DS Automobiles Fiat Jeep Lancia Maserati Opel…
Berita Domestik
Acara itu berjaya meraih dana hampir RM800,000 menerusi peserta-peserta, penderma-penderma dan juga…
Berita Domestik
Model yang dimaksudkan itu merupakan sebuah Kia EV6 varian GT-Line, di mana ia sebelum ini telah…