EV masa hadapan bakal menawarkan jarak operasi yang lebih dekat - bos Audi

oleh Mohamad Hanif|
Ketika ini, kebanyakan pengeluar kenderaan elektrik cuba untuk menawarkan produk dengan jarak operasi yang lebih jauh disebabkan infrastruktur pengecasan yang masih lagi tidak begitu meluas.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Namun, perang 'jarak operasi' EV ini akan tamat, memandangkan menurut ketua eksekutif Audi Markus Duesmann, EV masa hadapan akan menawarkan jarak operasi yang lebih dekat berbanding EV masa kini.

Bercakap kepada CNET ketika pelancaran e-tron GT tempoh hari, Duesmann mengulangi beliau tidak merasakan perang jarak operasi EV ini akan kekal.

"Trend meletakkan pek bateri (berkapasiti) besar untuk jarak ribuan kilometer tidak akan bertahan lama," ujar beliau.

"Ia akan menurun, disebabkan infrastruktur pengecasan yang kian meluas liputannya, serta berdasarkan pengalaman pengguna (terhadap pemanduan EV).

Memang tidak dapat dinafikan, dengan kehadiran pek bateri yang lebih besar, ia secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada berat keseluruhan kenderaan yang jauh lebih berat dan besar.

Audi tidaklah bersendirian di dalam usaha 'menghentikan' perang jarak antara EV ini, memandangkan Tesla juga sedang mencuba mencari formulasi yang sesuai untuk menentukan keseimbangan antara jarak operasi dan berat untuk model akan datang Cybertruck.

Sumber: CNET

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun tahukah anda, kos sebenar pek bateri sebenarnya jauh lebih mahal berbanding apa yang…
Berita Global
  Komitmen tersebut disertakan pelaburan puluhan juta euro di dalam reka bentuk serta…
Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…