EV juga mampu menjana semula tenaga dalam situasi membrek dan ia menggunakan tenaga paling minimum ketika melahu.
Kajian itu seterusnya membuktikan bahawa kenderaan ICE menggunakan lebih banyak tenaga ketika pemanduan urban, di mana pemanduan terhenti-henti akan menggunakan lebih banyak tenaga ketika hendak memecut semula.
Kenderaan ICE juga menggunakan tenaga yang lebih banyak (berbanding dengan EV) ketika melahu dan ia tidak mempunyai keupayaan untuk menjana semula tenaga.
Namun begitu, situasi terbalik bila kelajuan semakin meninggi dan keadaan trafik menjadi lancar, seperti di atas lebuhraya.
Kenderaan ICE menjadi lebih menjimatkan di atas lebuhraya berbanding dengan EV.
Antara punca yang boleh ditafsirkan ialah enjin dan transmisi dalam ICE lebih sesuai untuk kelajuan sekata yang tinggi. Ia berada di dalam keadaan yang paling "relax" ketika dipandu pada kelajuan lebuhraya dan dalam keadaan trafik yang lancar.
EV pula menggunakan tenaga yang lebih banyak pada kelajuan tinggi kerana ia terpaksa sentiasa melawan rintangan udara.
Selain dari itu, keadaan trafik yang lancar tanpa henti mengurangkan kebolehan EV untuk menjana semula tenaga.
Pengalaman ramai pemilik EV (dari kajian dan pengalaman penulis sendiri sejak memandu EV dalam tahun 2017) mendapati semakin laju EV dipandu, ia menjadi semakin kurang eifisien. Ini terbukti semasa pemanduan di atas lebuhraya, atau di jalan lengang di mana keadaan trafik kurang.
Keadaan jalanraya yang hujan dan basah juga mengurangkan lagi kadar kecekapan EV kerana ia perlu mengharung rintangan dari air.
Ini bermakna, EV perlu dipandu dengan lebih perlahan atau pada kelajuan yang dibenarkan di atas lebuhraya untuk menghampiri jarak gerak yang didakwa oleh pengeluar EV.
Ia juga bermaksud semakin banyak EV di atas lebuhraya, semakin rendah risiko kemalangan berlaku akibat penurunan halaju kenderaan.
* Traffic impacts on energy consumption of electric and conventional vehicles