EV, kereta swapandu sahaja layak memasuki ibu kota Indonesia - Jokowi

oleh Mohamad Hanif|
Umum telah mengetahui bahawa Presiden Republik Indonesia Joko Widodo mengumumkan pemindahan ibu kota negara tersebut dari Jakarta ke Penajem Paser, Balikpapan, Kalimantan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam salah satu ucapan yang dibuat ketika Pertemuan Tahunan Industri Jasa Keuangan 2020, beliau menjelaskan bahaawa ibu kota baharu itu nanti merupakan zon yang eksklusif buat kenderaan elektrik dan kereta swapandu sahaja. 

"Pengangkutan awam dan juga kenderaan peribadi hanya akan dihadkan kepada kenderaan elektrik atau autonomi sahaja," ujar beliau. 

Hal ini turut diperakui sendiri oleh Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional, Suharso Monoarfa di mana beliau kini sedang mengkaji beberapa peraturan yang telah pun dilaksanakan di beberapa buah negara sebagai contoh. 

Langkah yang diumumkan tersebut sebenarnya merupakan sebahagian daripada persiapan kerajaan Indonesia dalam mengurangkan jejak karbon selain mempromosikan produksi bateri domestik. 
 

sumber gambar: smartcitiesworld

Namun, perkara yang lebih penting sudah tentu penerapan teknologi generasi baharu 5G yang sudah mula diuji di beberapa buah negara di seluruh dunia. 

Ini kerana beberapa teknologi baharu dalam dunia automotif bakal menjadi satu kelaziman seperti V2V (vehicle-to-vehicle), V2I (vehicle-to-infrastructure) dan V2X (vehicle-to-everything) yang pastinya memerlukan sambungan internet berkelajuan tinggi. 

Walaupun ketika ini pemilikan EV masih lagi di dalam kategori minoriti, apatah lagi Indonesia masih lagi memiliki infrastruktur EV yang belum meluas, perkara ini amat menarik untuk diberikan perhatian. 

Sementara negara jirannya Malaysia masih lagi memfokuskan kepada projek kereta nasional dan kereta terbang...

Sumber: Autonetmagz