EV jadi kenderaan rasmi bawa pemimpin ASEAN

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kenderaan elektrik (EV) akan menjadi kenderaan rasmi bagi membawa pemimpin ASEAN sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi menyokong usaha serta inisiatif peralihan tenaga negara.

"Kabinet baru-baru ini memutuskan (penggunaan EV). Mari kita tunjukkan di Malaysia semua kenderaan yang disediakan kepada pemimpin kerajaan, menteri, pegawai hanya menggunakan EV," katanya pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani pada Isnin.

Keputusan menggunakan EV juga adalah lebih murah berbanding kenderaan lain.

"Kita akan maklum kepada kepala (pemimpin) negara, kami memang nak sedia kereta lebih besar tapi kereta EV paling besar cuma ini sahaja, sila gunakan dan berpuas hati dengannya," katanya lagi.

- jom teka kenderaan EV yang mana akan digunakan? -

Bacaan seterusnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
"Memandangkan kita masih mengimport kira-kira 400,000 tong sehari, (maka) kita tidak boleh menjual…
Informasi
Brunei pula terus merekodkan harga bahan api yang jauh lebih rendah berbanding kebanyakan negara…
Berita Domestik
Vietnam Catat Lonjakan Paling Tinggi Antara negara paling terkesan ialah Vietnam, apabila kerajaan…